• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Selepas Tekan Butang ‘Like’ Di Instagram, Penyelia Jururawat Rugi RM380,000

Oleh
Farisha
13 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Disebabkan tawaran kerja, penyelia jururawat ditipu oleh ‘scammer’ di media sosial

Selepas Tekan Butang ‘Like’ Di Instagram, Penyelia Jururawat Rugi RM380,000. Terbaharu, seorang penyelia jururawat terpaksa berputih mata selepas wang simpanannya bernilai RM387,035 lesap dalam sekelip mata kerana ditipu oleh ‘scammer’ mencari kerja dalam talian yang menawarkan gaji yang tinggi.

Memetik laporan, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menyatakan bahawa mangsa berusia 46 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp menawarkan dia kerja sambilan pada 11 September lalu.

Selepas itu, penipu itu memaklumkan bahawa dia perlu lakukan hanya dengan menekan butang ‘suka’ di Instagram dan bakal mendapat komisen RM5 untuk setiap tugas yang dia selesaikan.

Selepas Tekan Butang 'Like' Di Instagram, Penyelia Jururawat Rugi RM380,000
Sumber: facebook

Dalam pada itu, mangsa dipercayai meneruskan lima tugasan dan menerima komisen berjumlah RM25, tanpa mengetahui dirinya bakal terperangkap.

Membuat pembayaran terlebih dahulu, baru dapat untung yang besar

“Dia kemudiannya diberikan tugasan prabayar yang melibatkan membuat pembayaran terlebih dahulu dan dijanjikan keuntungan yang lebih besar,” katanya menurut sumber.

“Selepas membuat 36 transaksi ke 21 akaun bank berjumlah RM387,035 sepanjang 13 hari bermula 11 Sept, mangsa akhirnya menyedari dia telah ditipu,” ujarnya.

Malah, Yahaya turut menambah, mangsa menggunakan wang simpanannya sendiri dan meminjam wang daripada rakan dan ahli keluarga untuk semua transaksi. Difahamkan, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selepas Tekan Butang 'Like' Di Instagram, Penyelia Jururawat Rugi RM380,000
Sumber: mkn

Menyeru orang ramai tidak mudah ditipu di media sosial dan boleh semak link yang disediakan sebelum buat transaksi

Sementara itu, beliau turut memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja yang diiklankan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh menyemak di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer
Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkini Tragedi Bot Karam Di Kampung Beradik, Pelajar Sekolah Antara Mangsa Terlibat Terkini: Tragedi Bot Karam Di Kampung Beradik, Pelajar Sekolah Antara Mangsa Terlibat
Next Article 'Auto Cakap Melayu Member Tu', Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Youtuber Eropah Diberi Air Tuak Di Sarawak ‘Auto Cakap Melayu Member Tu’, Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Youtuber Eropah Diberi Air Tuak Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?