• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semakin Menjadi-Jadi, Lelaki Cedera Pada Bahagian Leher Terkena Tali Gudi Di Jalan Tol Kuching

Oleh
Husna Hazmi
1 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki tercedera terkena tali gudi di Kuching.

Semakin Menjadi-Jadi, Lelaki Cedera Pada Bahagian Leher Terkena Tali Gudi Di Jalan Tol Kuching. Ada lagi kes, kali ini seorang individu telah tercedera akibat tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Seperti yang kita tahu, permainan layang-layang amat popular dikalangan masyarakat namun terdapat etika apabila bermain permainan ini.

Semakin Menjadi-Jadi, Lelaki Cedera Pada Bahagian Leher Terkena Tali Gudi Di Jalan Tol Kuching
Semakin Menjadi-Jadi, Lelaki Cedera Pada Bahagian Leher Terkena Tali Gudi Di Jalan Tol Kuching. Sumber foto: Sarawak Roads Update

Tali gudi berkenaan dicampurkan dengan kaca

Pelbagai jenis modifikasi tali layang-layang juga yang dilakukan pada masa kini termasuk mencampurkan kaca dalam tali gudi benang. Modifikasi tali gudi inilah yang sangat merbahaya dan boleh membahaya kan nyawa orang lain.

Hal ini kerana setelah puas bermain, tali gudi layang-layang yang bercampur kaca tersebut kemudiannya dibuang sesuka hati sehingga boleh mencederakan orang awam yang lalu di kawasan itu.

Sarawak Roads Update di Facebook hari ini telah berkongsi gambar seorang individu yang telah menjadi mangsa angkara tali gudi yang tajam ini.

Mangsa yang dipercayai tercedera di bahagian leher dan juga tangan akibat tersangkut benang tersebut ketika sedang menunggang motosikal melalui Jalan Tol di Kuching. Baju mangsa juga dilihat koyak akibat terkena tali gudi tersebut.

Semakin Menjadi-Jadi, Lelaki Cedera Pada Bahagian Leher Terkena Tali Gudi Di Jalan Tol Kuching
Sumber foto: Sarawak Roads Update
Semakin Menjadi-Jadi, Lelaki Cedera Pada Bahagian Leher Terkena Tali Gudi Di Jalan Tol Kuching
Sumber foto: Sarawak Roads Update

Orang ramai meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa tidak puas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang sesuka hati bermain layang-layang dan meninggalkan tali gudi berkenaan sehingga boleh membahayakan nyawa orang awam.

Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku, diharap agar anda di luar sana yang bermain layang-layang tidak kira yang dewasa atau kanak-kanak, jangan buang atau tinggalkan tali gudi anda di tempat sembarangan. Oleh demikian, diminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan serius dengan isu yang semakin parah ini.

Lagi kes tali gudi mencederakan orang awam di sini:

Makin Berleluasa, Lelaki Bermotosikal Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching
Ramai Terkena, Tali ‘Gudi’ Bersepah Hampir Jerut Leher Di Kawasan Masjid Darul Hana
SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kereta Dinaiki Dihanyutkan Air Deras Di Bintangor, Bomba Berjaya Selamatkan Dua Beradik Kereta Dinaiki Dihanyutkan Air Deras Di Bintangor, Bomba Berjaya Selamatkan Dua Beradik
Next Article Lancarkan Projek Hidro Bernilai USD2.6 Billion, Abang Jo Dan Presiden Jokowi Lakukan Upacara Pecah Tanah Lancarkan Projek Hidro Bernilai USD2.6 Billion, Abang Jo Dan Presiden Jokowi Lakukan Upacara Pecah Tanah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?