• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu

Oleh
Husna Hazmi
4 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada.

Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu. Berhadapan dengan detik cemas diserang buaya, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menampar reptilia tersebut untuk menyelamatkan dirinya dalam insiden yang berlaku di Kampung Tabuan Melayu, pada Sabtu.

Isi Isi Penting
  • Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada.
  • Diserang buaya ketika membaik pulih rumahnya di tepi sungai
  • Mangsa terkini serangan buaya di Sarawak
  • Anak mangsa bersyukur bapanya terselamat
Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu
Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu. Lokasi kejadian di rumah mangsa di tepi sungai. Kredit gambar: Utusan Borneo

Diserang buaya ketika membaik pulih rumahnya di tepi sungai

Dipetik dari Utusan Borneo, mangsa yang dikenali sebagai Bohri Jali berjaya menyelamatkan dirinya daripada ancaman buaya ketika sedang membaik pulih rumahnya yang berada di tepi sungai perkampungan Tabuan Melayu, Kuching sekitar jam 10 pagi.

Mangsa mempertahankan dirinya dengan menampar seekor buaya yang dikatakan anak buaya dan saiz reptilia berkenaan bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada akibat serangan reptilia tersebut dan telah mendapat rawatan susulan di klinik kesihatan yang berdekatan.

Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada

Mangsa terkini serangan buaya di Sarawak

Hal ini menjadikan Bohri Jali mangsa terkini serangan buaya yang semakin menjadi-jadi di Sarawak pada tahun ini

Anak mangsa, Zairina Bohri berusia 25 tahun berkongsi detik cemas bapanya diserang buaya, sebaik mendengar jeritan ibunya Shamsiah Narawi, ‘Amoi bapa kau kena serang buaya!’, dirinya terkejut lalu bertindak keluar melihat keadaan bapanya.

“Saya mendengar jerita ibu, ‘Amoi, bapak kau kenak serang boyak ya!’ menyebabkan saya terkejut lalu melihat bapa saya yang ketika itu berada di bahagian luar rumah.

“Bapa saya sebelum diserang reptilia yang dikatakan ‘anak buaya’ terbabit ketika itu sedang membuat penambahbaikan bahagian luar rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Katanya, mangsa yang tidak menyedari kehadiran haiwan berkenaan tiba-tiba diserang sebelum cuba bertindak memukulnya untuk menyelamatkan diri. Buaya tersebut kemudiannya melepaskan gigitannya dan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu

Anak mangsa bersyukur bapanya terselamat

Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu berkata, dia bersyukur kerana bapanya masih dapat menyelamatkan diri daripada serangan buaya dengan memukul buaya tersebut.

“Keadaan besar atau kecil saiz buaya itu tidak dapat dipastikan anggarannya, namun berdasarkan saiz ia merupakan ‘anak buaya’.

“Bapa telah dibawa ke klinik kesihatan terdekat disebabkan ada kesan kecederaan di bahagian dada dan sebagai tindakan awal untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum perkara tidak diingini berlaku terhadapnya (ayah),” jelasnya.

Bagaimanapun, Zairina juga berharap agar bapanya ataupun sesiapa sahaja yang bekerja di kawasan sungai untuk lebih berhati-hati dan berwaspada akan kehadiran reptilia terbabit.

Serangan buaya di Sarawak baru-baru ini dilihat semakin banyak berlaku, oleh itu diminta agar sesiapa yang ingin melakukan apa-apa aktiviti di sungai berjaga-jaga, awas dan peka dengan berita semasa mengenai tempat di mana buaya aktif di sungai-sungai Sarawak ini.

Berjaga-jaga! Baru-baru ini 44 biji telur buaya dijumpai di Kota Samarahan dan seorang lelaki maut diserang buaya di Lundu:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa 'Dipalau' Kawan Bila Tiba Di Kapit Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa ‘Dipalau’ Kawan Bila Tiba Di Kapit
Next Article Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?