• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

137 Senjata Api Tiruan Dirampas Di Kedai Mainan Kuching Dan Samarahan, 10 Individu Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
12 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Lima kedai mainan di Kuching dan Samarahan diserbu jual senjata api tiruan

137 Senjata Api Tiruan Dirampas Di Kedai Mainan Kuching Dan Samarahan, 10 Individu Ditahan. Dilaporkan, polis Sarawak menyerbu lima kedai mainan di Kuching dan Samarahan, menahan 10 individu dan merampas 137 senjata api tiruan! Serbuan ini dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan senjata api palsu kepada orang awam.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, serbuan itu menyaksikan tiga lelaki dan tujuh wanita tempatan berusia antara 19 hingga 46 tahun ditahan. Turut dirampas ialah 67 senapang tiruan, 70 pistol tiruan, 344 pek, dan 18 botol peluru plastik.

137 Senjata Api Tiruan Dirampas Di Kedai Mainan Kuching Dan Samarahan, 10 Individu Ditahan
137 Senjata Api Tiruan Dirampas Di Kedai Mainan Kuching Dan Samarahan, 10 Individu Ditahan. Sumber gambar: FB Polis Sarawak
137 Senjata Api Tiruan Dirampas Di Kedai Mainan Kuching Dan Samarahan, 10 Individu Ditahan
Sumber gambar: FB Polis Sarawak

Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.

Dato Mancha juga mengingatkan orang ramai bahawa memiliki, membeli, atau menjual senjata api palsu adalah jenayah, tidak kira apa alasan sekalipun. “Kami akan terus memantau dan menjalankan operasi untuk membanteras penjualan senjata tiruan di seluruh Sarawak,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti seperti ini digalakkan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Sarawak melalui talian hotline 011-15696554 atau laporkan kepada balai polis terdekat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan
Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Pihak Berkuasa Tumpas Di Miri, 11 Individu Ditahan
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Pihak Berkuasa Tumpas Di Miri, 11 Individu Ditahan
Next Article 80 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Tawau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?