• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kemalangan Di Kuching, Kereta Pegawai Kanan Polis Bertembung Ambulans Bawa Pesakit

Oleh
Husna Hazmi
3 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemalangan berlaku di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Kemalangan Di Kuching, Kereta Pegawai Kanan Polis Bertembung Ambulans Bawa Pesakit. Dilaporkan seorang pegawai kanan polis mengalami kecederaan setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah ambulans yang membawa pesakit dalam kemalangan jalan raya di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching hari ini.

Kemalangan Di Kuching, Kereta Pegawai Kanan Polis Bertembung Ambulans Bawa Pesakit
Kemalangan Di Kuching, Kereta Pegawai Kanan Polis Bertembung Ambulans Bawa Pesakit. Kredit gambar: Utusan Borneo

Kenderaan Myvi remuk di bahagian hadapan

Dipercayai bahawa kenderaan Myvi tersebut remuk di bahagian hadapan manakala ambulans pula tertanggal pintu di bahagian penumpang belakangnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Bingkok John berkata, pihak beliau menerima laporan berkenaan sekitar jam 11.35 pagi.

Beliau berkata bahawa, kemalangan tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu wanita berusia 45 tahun itu bergerak lurus dari Jalan Green menuju ke Batu Lintang.

Kemalangan Di Kuching, Kereta Pegawai Kanan Polis Bertembung Ambulans Bawa Pesakit

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah ambulans yang bergerak dari Sri Aman menghala ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menghantar seorang pesakit,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Bingkok lagi, akibat kemalangan itu, pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan luka di tangan kanan dan sakit di bahagian dada.

“Mangsa telah dihantar ke HUS untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut beliau lagi, ketika kejadian berlaku, mangsa hanya seorang diri dalam kereta, manakala terdapat lima individu di dalam ambulans. Kelima-lima individu dalam ambulans tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih dalam siasatan.

Diraba lelaki berhelmet pink, gadis tercedera koyak di bahagian dagu:

Lempar kata kesat dan lucah terhadap peserta Unduk Ngadau Sabah, laporan polis telah dibuat:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya
Next Article Dianggap Kasar, Netizen Kecam Penggunaan Kata 'Majoh' Dalam Iklan Hotel Di Kuching Dianggap Kasar, Netizen Kecam Penggunaan Kata ‘Majoh’ Dalam Iklan Hotel Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?