• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Serlahkan Bakat Kreatif Anda Menerusi Pertandingan Reka Bentuk Batik, Hadiah Lumayan Sehingga RM 30K

Oleh
Farisha
20 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Peluang emas buat pereka muda

Serlahkan Bakat Kreatif Anda Menerusi Pertandingan Reka Bentuk Batik, Hadiah Lumayan Sehingga RM 30K. Batik Lestari dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan MyCreative Ventures menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Batik yang menjanjikan hadiah wang tunai menarik kepada para pemenang. Pertandingan ini akan berlangsung dari 16 September hingga 18 Oktober 2024.

Acara ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam seni batik tempatan, sekaligus memelihara warisan budaya Malaysia yang berharga. Para peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat mereka dalam mereka bentuk corak batik yang unik dan moden, sambil mengekalkan elemen tradisional.

Serlahkan Bakat Kreatif Anda Menerusi Pertandingan Reka Bentuk Batik, Hadiah Lumayan Sehingga RM 30K
Serlahkan Bakat Kreatif Anda Menerusi Pertandingan Reka Bentuk Batik, Hadiah Lumayan Sehingga RM 30K

Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari merupakan satu inisiatif yang menarik dalam usaha mencari reka bentuk batik Malaysia yang segar dan berinovasi. Hasil kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan MyCreative Ventures, pertandingan ini bertujuan untuk menemui bakat-bakat pelbagai dari seluruh negara, menjemput para artisan tempatan untuk berkongsi interpretasi unik mereka terhadap batik Malaysia.

Reka bentuk pemenang akan digunakan untuk acara-acara ASEAN 2025

Pertandingan ini menawarkan hadiah yang lumayan dengan tiga pemenang utama dan lima pemenang saguhati untuk kategori batik terbuka. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM30,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Lima pemenang saguhati pula akan menerima RM2,000 setiap seorang. Selain itu, dua pemenang akan menerima hadiah khas untuk batik lestari bernilai RM5,000 setiap seorang.

Reka bentuk yang menang juga akan digunakan dalam pelbagai elemen untuk para pemimpin dan delegasi pada acara-acara ASEAN 2025, sekali gus mempamerkan imej Malaysia di pentas antarabangsa. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada pereka-pereka tempatan untuk mempamerkan bakat mereka, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia kepada dunia.

Kerjasama kerajaan dan swasta untuk memartabatkan seni batik Malaysia

Pertandingan ini juga menggalakkan inovasi dalam seni batik tradisional, memastikan kesinambungan dan kerelevanan seni ini dalam era moden. Dengan menggabungkan unsur-unsur tradisional dan kontemporari, para peserta berpeluang untuk menyumbang kepada evolusi batik Malaysia, sambil mengekalkan keunikan dan nilai sejarahnya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh melayari laman web batiklestari.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Penganjuran pertandingan sebegini menunjukkan komitmen pihak kerajaan dan swasta dalam usaha memartabatkan industri batik tempatan.

Baca juga artikel di bawah:

Sering Menang Hadiah Lumayan, Lelaki Kaki Contest Ini Kongsi Tips Masuk Peraduan
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Efektif Buat Aduan Jika Anda Terkena Gangguan Seksual Di Malaysia Ini Cara Efektif Buat Aduan Jika Anda Terkena Gangguan Seksual Di Malaysia
Next Article China Southern Airlines Setuju Lanjutkan Penerbangan Dari Guangzhou Ke KK Sebanyak 2 Kali Sehari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?