• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

airasia academy Dan MyCreative Ventures Tekad Bimbing Generasi Mahir Digital Melalui Program Ini

Oleh
Ismail NA
17 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Dua entiti besar di Malaysia berganding bahu untuk menjayakan Program Bina Kerjaya

airasia academy Dan MyCreative Ventures Tekad Bimbing Generasi Mahir Digital Melalui Program Ini. Dalam usaha memperkukuhkan ekosistem pendidikan dan pembangunan kemahiran di Malaysia, airasia academy, cawangan teknologi pendidikan dan kepimpinan Capital A, dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategiknya dengan MyCreative Ventures. MyCreative Ventures, merupakan syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, yang khusus untuk meningkatkan industri kreatif tempatan.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkasa pembangunan diri rakyat Malaysia melalui Program Bina Kerjaya, bagi membuka peluang luas untuk rakyat Malaysia memperoleh kemahiran kalis masa depan di era Revolusi Perindustrian 4.0.

airasia academy Dan MyCreative Ventures Tekad Bimbing Generasi Mahir Digital Melalui Program Ini
airasia academy Dan MyCreative Ventures Tekad Bimbing Generasi Mahir Digital Melalui Program Ini

Apa itu Program Bina Kerjaya

Program Bina Kerjaya ini merangkumi latihan khusus yang menyasarkan tenaga kerja kreatif Malaysia dalam pelbagai bidang seperti pemasaran digital, kejuruteraan perisian, infrastruktur awan, keselamatan siber, analisis data, dan ekosistem produktiviti Google. Ini memungkinkan para peserta untuk mengakses pendidikan komprehensif, meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang semakin dinamik.

Justeru, sebagai rakan strategik, MyCreative Ventures, akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan Program Bina Kerjaya. Usaha bersama ini juga melibatkan sokongan pemasaran untuk menjayakan program tersebut.

Aireen Omar, Presiden (Pelaburan & Usaha Niaga) Capital A, mengutarakan keyakinannya terhadap pendidikan sebagai kunci untuk membuka peluang bagi setiap individu. Menurutnya, airasia academy telah memainkan peranan dalam membawa perubahan sektor pendidikan konvensional dengan menawarkan pilihan yang lebih mudah untuk kursus yang mempunyai permintaan tinggi, terutamanya dalam menyokong keperluan Malaysia untuk mengisi kekosongan IR 4.0. Kerjasama ini juga adalah bagi memastikan bakat kreatif Malaysia memperoleh kebolehpasaran yang tinggi serta berpengetahuan dalam kemahiran teknologi, selaras dengan perkembangan medium kreatif pada masa kini.

Zainariah Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures, menyatakan keterujaan organisasinya menjadi rakan strategik airasia academy dalam inisiatif ini. MyCreative Ventures, yang komited dalam menyokong industri kreatif Malaysia, melihat kerjasama ini sebagai langkah penting untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran relevan, memupuk generasi profesional kreatif yang versatail dan mapan.

airasia academy dan MyCreative Ventures berhasrat untuk meneroka kolaborasi lain di masa depan

Selain itu, airasia academy dan MyCreative Ventures juga berhasrat untuk meneroka inisiatif kolaborasi lain di masa hadapan, sejajar dengan objektif bersama mereka dalam mempromosikan pembangunan kendiri dalam kalangan warga Malaysia. Kesediaan airasia academy dalam menyambut penggiat industri kreatif, pihak berkepentingan dalam ekonomi gig, serta rakan-rakan media menunjukkan komitmen mereka dalam mencipta tenaga kerja yang mahir dan berkemampuan. Kursus dibiayai sepenuhnya dan tempat adalah terhad, klik pada pautan untuk mengetahui lebih lanjut dan daftar dengan segera: https://cstu.io/5a487b

Ini merupakan langkah signifikan dalam usaha membangunkan modal insan di Malaysia, khususnya dalam konteks industri kreatif, yang merupakan sektor penting dalam ekonomi negara. Kerjasama antara airasia academy dan MyCreative Ventures ini diharapkan akan membawa impak positif yang berpanjangan dalam pembangunan diri dan profesionalisme rakyat Malaysia terutamanya individu dalam bidang kreatif.

Lagi kisah menarik penggiat seni di Malaysia:

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Carsome Berhentikan Ratusan Pekerja Demi Mencapai Keuntungan
Next Article Ini Port Ais Krim Bajet Anda Boleh Cuba Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?