• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Band Unik Ini Buat Ramai Teruja, Buat Sesi Live Menyanyi Atas Bot Sambil Keliling Hutan Kalimantan

Oleh
Husna Hazmi
14 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Band Indonesia Good Morning Everyone buat sesi live di atas bot keliling Hutan Kalimantan

Band Unik Ini Buat Ramai Teruja, Buat Sesi Live Menyanyi Atas Bot Sambil Keliling Hutan Kalimantan. Kreativiti luar biasa dari band Indonesia ‘Good Morning Everyone’ ini telah berjaya menarik perhatian ramai terutamanya buat peminat muzik di luar sana.

Dipetik dari Jatim Network, band ‘Good Morning Everyone’ ini berjaya menarik perhatian ramai dengan melakukan sesi persembahan live lain daripada yang lain dengan menyanyi di atas bot dengan peralatan lengkap mengelilingi sungai Kalimantan!

Band Unik Ini Buat Ramai Teruja, Buat Sesi Live Menyanyi Atas Bot Sambil Keliling Hutan Kalimantan
Band Unik Ini Buat Ramai Teruja, Buat Sesi Live Menyanyi Atas Bot Sambil Keliling Hutan Kalimantan. Gambar tangkap layar dari Youtube GME

Taman Negara Tanjung Puting Kotawaringin Kalimantan Tengah

Sesi persembahan langsung itu diadakan di Pengkalan Bun, di Taman Negara Tanjung Puting Kotawaringin Kalimantan Tengah.

Dengan suasana sungai dan alam sekitar Kalimantan yang memukau, persembahan nyanyian mantap dari band ‘Good Morning Everyone’ itu berjaya menarik perhatian ramai netizen Indonesia serta Malaysia.

Band ini dimulakan pada tahun 2008 dan mempunyai 5 ahli iaitu, Mochamnad Ichsan Sani sebagai vokalis, Daniel sebagai gitaris, Eris sebagai pemain keyboard, Dani sebagai pemain bass, dan Yulis sebagai gitaris.

Genre lagu yang dibawakan oleh band ini adalah Pop dan mereka telah mencipta lebih kurang 10 single sepanjang karier mereka dari tahun 2008 hingga sekarang.

Band Unik Ini Buat Ramai Teruja, Buat Sesi Live Menyanyi Atas Bot Sambil Keliling Hutan Kalimantan
Gambar tangkap layar dari Youtube GME

Dikongsikan di Youtube serta tular di media sosial

Video sesi live yang dimuat naik band berkenaan telah dikongsikan di Youtube serta tular di media sosial yang telah dimuatnaik oleh akaun @kulturdomestik.

Komen netizen di Instagram @kulturdomestik:

Gambar tangkap layar dari Instagram @kulturdomestik
Gambar tangkap layar dari Instagram @kulturdomestik
Gambar tangkap layar dari Instagram @kulturdomestik

Semasa sesi live itu, band ini mempersembahkan beberapa lagu semasa mereka berjudul Selamat Pagi, Pengingat, Something Stay When I Left Away, Bukan Begitu Caramu dan Secepat Mungkin.

Sebelum ini, band ini juga sering membuat memuat naik sesi persembahan live di beberapa tempat unik lain seperti pasar dan juga rooftop, namun sesi live kali ini berjaya memukau ramai kerana keindahan sungai Kalimantan yang tidak terkata!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan

SUMBER :Jatim Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buli Siber Di Malaysia, Membawang Di WhatsApp Boleh Jadi Jenayah Dan Naik Mahkamah
Next Article Netizen Dakwa Insiden Cubaan Bunuh Donald Trump Lakonan Semata-Mata

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?