I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu

Oleh Nur Afifah 29 Disember 2022
Kongsi
10 Min Bacaan

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu. Kalimantan Barat adalah wilayah Indonesia yang berada di Kepulauan Borneo. Lebih menarik, jika anda mahu merasai sendiri pengalaman bercuti ke luar negara, di sinilah tempatnya yang patut anda lawati terlebih dahulu jika anda tinggal di selatan Sarawak.

Liburan ke Kalimantan Barat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nizam Syahrawi di laman Facebooknya. Menurut Nizam, liburan ke kota-kota di Kalimantan Barat ini ada kepuasan sendiri kalau boleh bawa kereta sendiri. Memang banyak tempat boleh diterokai. Perkongsian beliau telah meraih lebih 1,600 shares.

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu. Kredit: FB Nizam Syahrawi

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan olahan semula perkongsian Nizam di laman Facebook beliau tentang panduan membawa kereta sendiri ke Kalimantan Barat dari Malaysia berserta tips-tips penting seperti tips memandu dan penggunaan telco.

Bahagian 1 – Cara bawa masuk kenderaan ke Indonesia

“Since ada yang tanyak cara-cara nak berhibur ke Pontianak dengan cara bawa kereta sendiri dari Kuching, so saya kongsilah cara2 nya. Agak panjang penerangan ni, ada beberapa bahagian.

Nak masuk ke Kalimantan Barat, anda perlu masuk melalui Tebedu Border Complex. Sempadan dibuka dari jam 8 pagi sampai jam 5 petang. Untuk elak daripada sebarang masalah semasa urusan masuk ke Indonesia dan sampai ke Pontianak waktu malam, disarankan supaya sampai awal di Tebedu. Perjalanan dari Kuching ke Tebedu mengambil masa dalam sejam macam tu,”

Langkah 1: Lapor diri di Kompleks Sempadan Tebedu

“Bila dah sampai ke Tebedu Border Complex, maklumkan dengan pihak sana yang kita nak bawa masuk kenderaan ke Indonesia dan mereka akan berikan borang untuk kita isi. Sediakan;

✅ Kad pemilikan kenderaan (green card)

✅ Passport

✅ Kad pengenalan

✅ Lesen memandu original (pemandu sahaja).

Penumpang perlu cop passport di Pondok Imigresen di luar.

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Kredit: FB Nizam Syahrawi

Langkah 2: Lapor diri di Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Entikong

Dah settle urusan di sempadan Malaysia-Tebedu, pergi terus ke Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Entikong. Parking kereta kt tepi dulu dan masuk ke dalam bangunan (bawa sekali beg2 kalian ya). Kalau siapa-siapa yang belum sempat tukar duit Indonesia, kat situ akan ada orang tunggu dekat tepi dan tawarkan untuk tukar duit dengan mereka. Kalau tukar kat situ, rate RM 1 akan dapat dalam 3,800 rupiah macam tu. Kalau tukar kat money exchange biasa, rate RM 1, dapat dalam 3,350 rupiah. So boleh bandingkan lah yg mana lebih untung.

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Kredit: FB Nizam Syahrawi

Waktu masuk di bangunan PLBN tu, mereka akan semak status vaksinasi kita, so pastikan kita;

✅ Tunjukkan kad vaksin ataupun cetak terus PDF sijil vaksinasi dari MySejahtera siap-siap.

✅ Selepas itu, mereka akan beri kertas berwarna kuning menandakan kita dah vaksin.

✅ Pastikan anda isi dulu borang Custom Declaration sebelum nak cop passport dan scan barang. Anda boleh menghantar seorang sahaja wakil untuk mengisi borang ini.

✅ Lepas tu pergi ke kaunter imigresen untuk cop passport dan terus scan barang-barang.

Langkah 3: Proses ‘scan’ kereta

Ok part scan diri dan barang dah settle. Urusan seterusnya nak scan kereta gik 😂 Parking dulu kereta berhampiran pondok kastam. Bawa borang2 yang kita dah isi dan dokumen yang perlu ke pondok kastam. Lepas tu kita akan berurusan di kantor polisi, jabatan perhubungan, ansuransi dan kastam. (ringankan mulut untuk bertanya dengan pegawai di sana kalau blur).

✅ Untuk bayaran ansuransi, sediakan wang sebanyak 245 ribu rupiah (kalau duit Malaysia, dalam RM 70-80).

✅ Untuk plat kereta, anda boleh bayar di kamar polisi sebanyak 400 ribu rupiah (lebih kurang RM 120).

✅ Di kamar polisi, mereka akan minta fotostat green card, MyKad, lesen memandu dan passport pemandu (fotostat siap-siap supaya tak perlu bayar extra).

✅ Dah settle semua, mereka akan beri pelekat nombor plate dan surat tanda lintas negara. Pastikan semua dokumen ini disimpan untuk kegunaan sewaktu balik ke Malaysia lagi nanti.

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Kredit: FB Nizam Syahrawi

✅ Kad pengenalan pemilik kereta juga perlu ditinggalkan di kamar kastam untuk mereka simpan. Difahamkan, menurut prosedur baharu imigresen Indonesia, waktu pulang ke Malaysia nanti, baru mereka akan kembalikan kad pengenalan tersebut kepada anda.

✅ Selepas urusan dokumen siap, pihak kastam di luar akan semak kereta kita beserta dengan enjin kereta. Bahagian ini tak lama sebab mungkin kereta baru kot. Waktu semak ni, mereka kagum kot tengok kereta X50 😂 Sebab kereta model Geely tak masuk kat sana. Bangga sikit lah kot haha.

*Pesanan tambahan: Insurans dan cukai jalan (roadtax) sah selama sebulan. Macam kami pergi hari tu, pergi 19 Disember, jadi tamat pada 19 Januari. Dalam tempoh sebulan ni kalau nak keluar masuk Indonesia pun boleh. Cuma perlu maklumkan kepada pihak kastam bahawa kita nak guna lagi untuk masuk ke Indonesia (maklumkan pada waktu masuk Malaysia).

Sekiranya anda menggunakan kereta orang lain, pastikan ada surat kebenaran daripada pemilik kenderaan tersebut ya. Green card original perlu ditunjukkan juga dan MyKad pemandu yang perlu tinggal di kastam. (Yang ini mereka simpan di kotak keselamatan). Mula-mula macam risau juga tapi mereka kata tu prosedur baru. Banyak juga MyKad orang Malaysia yang lain yang mereka kumpul.

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Kredit: FB Nizam Syahrawi

Bahagian 2 – Tips memandu dan pelan data internet

Tips Pelan Data Internet

Untuk telco, anda boleh guna roaming telco masing-masing. Langgan siap-siap semasa di Tebedu atau Kuching, jadi masuk di Entikong boleh on roaming terus. Harga bergantung dengan telco masing-masing. Kalau macam saya yang guna telco Yoodoo, langgan sahaja 7 day pass untuk roaming. Data yang digunakan adalah data yang sama macam di Malaysia. Jadi, tak perlu risau lah kehabisan data sewaktu di Pontianak. Untuk roaming Digi, and boleh dapat RM25 untuk 3 day pass (4gb data). Celcom RM 58 untuk 7 day Pass Unlimited Data.

Tips Pemanduan di Kalimantan Barat

Perjalanan dari PLBN Entikong ke Kota Pontianak mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami gerak dari Entikong jam 10 pagi waktu Indonesia Barat (beza sejam dari Malaysia) dan sampai ke Pontianak dalam jam 3 petang. Jaraknya hanyalah sekitar 250++ km sahaja, tapi disebabkan oleh keadaan jalan dan banyak lori, perjalanan menjadi lambat. Di sana tiada jalan tol (highway) macam Pan Borneo. Jenis jalan yang biasa sahaja.

Cara pemanduan mereka ada sikit berbeza dengan kita dari segi pematuhan peraturan jalan raya 😂 Sesiapa yang memandu secara berhemah tu, hati-hati sikit sebab takut kereta anda tak ‘berjalan’ pula nanti. Kalau nak memandu di Pontianak, hati kena kering bak kata kawan. Geli-geli nyaman, istilah orang sana kalau memandu kereta.

Tips #1: Kalau sepanjang jalan korang tengok mereka bagi signal kanan, tu bukan maksud mereka nak masuk simpang, tapi nak memotong kenderaan di depan. Lori pun ikut sama macam tu. Sampai aku pun terikut sekali buka signal sepanjang jalan 😂

Tips #2: Jangan hairan kalau tengok motosikal banyak, sebab memang jumlah motosikal lagi banyak daripada kereta rasanya. Belah kiri kanan kereta mereka boleh tiba-tiba muncul haha. Ada elemen surprise kata kawan 🤣 Kalau motosikal takda istilah berhenti di simpang, dorang main jalan terus. Kita yang tengok pun rasa geli. Tapi yang bagusnya, mereka akan cuba elak kalau kereta dekat sangat dengan mereka. Sepanjang 5 hari kat sana, tak ada tengok kemalangan pun. Memang dah biasa main elak-elak kot hahaha.

Tips #3: Jalan macet (sesak) memang tak boleh dielakkan, lagi-lagi waktu puncak. Nak keluar bulatan kena hati-hati jak lah.

Tips #4: Untuk parking kereta kat sana, parking saja kat tepi-tepi kedai. Nanti akan ada tukang parkir yang akan tunggu. Mereka akan tolong kita tahan kereta lain untuk kita masuk dan keluar parkir. Sediakan saja wang upah 3,000 rupiah.

Best sangat ni kalau boleh memandu sendiri, kan? Kalau anda nak tahu destinasi menarik yang dilawati oleh Nizam dan rakan-rakan di Kalimantan Barat, anda boleh teruskan pembacaan perkongsian di laman Facebook beliau di sini: Tempat Menarik di Kota Pontianak, Bengkayang, dan Singkawang

Ini pula sejarah menarik tentang asal usul nama Kota Pontianak:

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan
Ini 6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’, Pontianak
SUMBER : FB Nizam Syahrawi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Pan Borneo, Perbincangan Menebang Pokok Berusia 100 Tahun Ini Ditentang Penduduk Di Sabah Projek Pan Borneo, Perbincangan Menebang Pokok Berusia 100 Tahun Ini Ditentang Penduduk Di Sabah
Next Article Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?