• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sesi Pengambilan Khas Guru Di Sarawak Bakal Dibuka 1 Ogos

Oleh
Ismail NA
31 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Pengambilan khas ini dijangka bakal menampung kekurangan guru di semua daerah di Sarawak

Sesi Pengambilan Khas Guru Di Sarawak Bakal Dibuka 1 Ogos. Satu sesi pengambilan khas akan dijalankan di Sarawak untuk menangani kekurangan guru di negeri tersebut. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Roland Sagah, hari ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu memberitahu bahawa Sarawak dijangka mengalami masalah kekurangan 2,373 guru menjelang 31 Disember tahun ini.

Sesi Pengambilan Khas Guru Di Sarawak Bakal Dibuka 1 Ogos

Sehubungan itu, usaha pengambilan sedang dimulakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk merekrut guru baharu bagi menampung keperluan ini. Penempatan guru baharu melalui usaha pengambilan ini akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan antara Julai dan November dan dijangka bakal mengurangkan kekurangan tersebut kepada 1,130 guru.

Untuk mengatasi kekurangan yang masih ada, Sagah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan dan SPP telah bersetuju untuk mengambil guru tambahan melalui sesi pengambilan khas untuk Sarawak.

Terbuka kepada semua graduan ijazah sarjana muda termasuk tanpa diploma pendidikan

Menerusi sesi sidang media yang berlangsung di Sarawak Skills hari ini (31 Julai), Datuk Roland Sagah menjelaskan bahawa pengambilan khas guru baru tersebut adalah:

  • Terbuka kepada semua graduan ijazah sarjana muda, sama ada mempunyai diploma pendidikan atau tidak.
  • Calon yang berjaya akan menerima kontrak dua tahun dan perlu mengikuti kursus diploma pendidikan atas perbelanjaan sendiri di institut pendidikan guru semasa cuti.
  • Setelah memperoleh diploma pendidikan, mereka akan ditawarkan jawatan tetap sebagai guru, tertakluk kepada saringan akhir oleh SPP.
  • Keutamaan akan diberi kepada calon dari kawasan yang mempunyai banyak kekosongan guru.

Beliau menjelaskan bahawa mekanisme penempatan guru dari kawasan tempat tinggal sendiri adalah bertujuan untuk mengelakkan isu guru memohon pertukaran keluar dari sekolah yang ditempatkan selepas pelantikan dan penempatan.

“Ini bermakna jika anda dari Baram dan memenuhi kriteria serta lulus temu duga, anda akan ditempatkan di sekolah-sekolah di Baram,” katanya.

Setakat ini, Sagah menyatakan bahawa kesemua 30 daerah pendidikan di Sarawak kini mempunyai kekosongan guru.

Beliau menambah bahawa Serian, Daro, Kapit, Subis, Saratok dan Betong mempunyai kekosongan paling banyak dengan lebih 100 kekosongan setiap satu.

“Kekosongan terbesar mengikut mata pelajaran adalah dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral, Prasekolah, Bahasa Melayu dan Pemulihan.”

“Selain itu, terdapat juga kekosongan dalam 22 pilihan mata pelajaran lain, termasuk yang di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina),” tambahnya.

Penempatan akan dilakukan pada bulan November atau Disember

Permohonan untuk pengambilan khas ini akan dibuka secara dalam talian selama 3 minggu, bermula 1 hingga 24 Ogos di laman web SPP, diikuti dengan temu duga pada minggu kedua September.

Keputusan akan diumumkan pada Oktober atau November, dengan penempatan disasarkan pada November dan Disember.

Sagah menyatakan bahawa kementeriannya dan Jabatan Pendidikan Negeri akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri untuk mempromosikan pengambilan khas ini.

“Inisiatif ini merupakan langkah penting untuk menangani kekurangan guru di Sarawak. Kami berharap untuk melihat ramai calon berkelayakan tampil untuk mengisi jawatan-jawatan penting ini di sekolah-sekolah kami,” katanya.

Permohonan boleh dikemukakan melalui laman sesawang SPP di sini: https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php

Tahun lalu, lebih 200 guru ‘one-off’ menolak tawaran berkhidmat di Sarawak:

Lebih 200 Guru ‘One-Off’ Tolak Tawaran Untuk Berkhidmat Di Sarawak
Isu Pengambilan Guru 18K : Adakah Ijazah Bukan Pendidikan Tidak Layak Menjadi Cikgu?

SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penumpang Marah Sebab Airline Zalim, Ini Jawapan Abang Captain
Next Article Orang Ramai Diingatkan Sentiasa Berwaspada, Wang Kertas Palsu RM50 Dan RM100 Makin Berleluasa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?