• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sesi Persekolahan Di Seluruh Malaysia Dibuka Semula Mulai Mac 2021

Oleh
Ismail NA
19 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebentar tadi.

Sesi Persekolahan Di Seluruh Malaysia Dibuka Semula Mulai Mac 2021. Melalui sidang media pembukaan sekolah bawah KPM, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini mengumumkan bahawa sesi persekolahan untuk tahun 2021 bakal disambung semula bermula bulan Mac depan.

Dalam sidang media tersebut, Radzi memberitahu bahawa pelajar pra-sekolah dan pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 di sekolah rendah akan memasuki sesi persekolahan pada 1 Mac 2021 manakala pelajar yang selebihnya iaitu pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada 8 Mac 2021.

Hal ini bagi memberi ruang kepada pelajar pra-sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dapat membiasakan diri dengan SOP baharu yang diterapkan di sekolah. Bukan itu sahaja, pembukaan yang lebih awal dan berasingan ini juga bertujuan untuk membantu guru serta ibu bapa untuk mencari kaedah terbaik semasa waktu penyuraian pelajar semasa pulang dari sekolah.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, dan Kedah akan mula bersekolah pada 4 April 2021 manakala sekolah di negeri yang selebihnya akan dibuka mulai 5 April 2021.

Sesi Persekolahan Di Seluruh Malaysia Dibuka Semula Mulai Mac 2021
Sesi Persekolahan Di Seluruh Malaysia Dibuka Semula Mulai Mac 2021

Mengapa sekolah rendah dibuka lebih awal daripada sekolah menengah?

Bagi menjawab persoalan ini, Dr. Radzi menjelaskan bahawa sekolah menengah dibuka sedikit lewat daripada sekolah rendah bagi memberi ruang kepada peperiksaan SPM yang bakal berlangsung Isnin depan iaitu 22 Mac 2021.

Peperiksaan SPM pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana SOP untuk SPM amat terperinci. Selain itu, banyak ruang fizikal digunakan bagi menempatkan beberapa bilik selain dewan peperiksaan seperti bilik khas untuk pelajar SPM yang bergejala, bilik isolasi, dan bilik transit untuk pelajar yang mempunyai peperiksaan di sebelah pagi dan petang. Atas faktor keperluan logistik yang banyak, maka sesi persekolahan untuk pelajar menengah akan dibuka sejurus selepas tamat Cuti Pertengahan Penggal yang akan berakhir pada penghujung Mac 2021.

Sesi Persekolahan Di Seluruh Malaysia Dibuka Semula Mulai Mac 2021

Murid Kolej Vokasional pula akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Mac 2021, manakala sekolah swasta akan mengikuti jadual sekolah kerajaan mengikut kumpulan negeri. Kategori sekolah antarabangsa yang tidak menjalankan SPM serta IPS kategori pusat pula akan dibuka 8 Mac 2021.

Berikut merupakan ringkasan tarikh untuk sesi pembukaan semula sekolah di Malaysia 2021 :

  • Pelajar Pra-sekolah, Sekolah Rendah Tahun 1 & Tahun 2 – 1 Mac 2021
  • Pelajar Sekolah Rendah Tahun 3 hingga Tahun 6 – 8 Mac 2021
  • Pelajar Sekolah Menengah (Negeri Kump. A : Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah) – 4 April 2021
  • Pelajar Sekolah Menengah (Negeri Kump. B) – 5 April 2021
  • Kolej Vokasional – 1 Mac 2021
  • Sekolah Antarabangsa (tidak menjalankan SPM), IPS Kategori Pusat – 8 Mac 2021
  • Sekolah Swasta – mengikut jadual sekolah kerajaan berdasarkan kumpulan negeri

Semoga pelajar yang kembali ke sekolah kelak boleh kembali belajar dengan selesa dan berkesan seperti mana pengajaran secara bersemuka sebelum ini.

Lagi artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 199 Kes Positif Baharu
Next Article Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?