• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 199 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
19 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

2 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 199 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 69 kes.

Manakala terdapat 199 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (126), Kapit (15), Sri Aman (13), Bintulu (13), Kuching (7), Miri (6), Dalat (5), Kanowit (5), Meradong (4), Subis (2), Samarahan (1), Serian (1) dan Beluru (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,624 kes.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 199 Kes Positif Baharu
TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 199 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-68 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-68 merupakan kes ke-7,089 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan masalah kesukaran bernafas. Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat di hospital adalah positif pada 16 Februari 2021.

Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 18 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.

Kes kematian ke-69 merupakan kes ke-5,862 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 83 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan nafas.

Kes mengalami gejala demam, batuk dan kurang selera makan beberapa hari yang lepas. Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat di hospital adalah positif pada 08 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Dislipidemia.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa.

Daerah Sarikei telah kembali ke status Hijau

Daerah Sarikei telah kembali ke status Hijau daripada status Kuning setelah tiada (0) kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2170 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua belas (12) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Lundu juga kekal berstatus Jingga dengan 28 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sri Aman, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 98 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 12 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas
Next Article Sesi Persekolahan Di Seluruh Malaysia Dibuka Semula Mulai Mac 2021

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?