• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar

Oleh
ILB - AI
20 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Catat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai kostum singa Hakka terbesar

Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar. Dua singa yang terbesar di negara ini hasil Persatuan Kebudayaan Hakka Malaysia (MHCA) Sarawak telah direkodkan sebagai kostum singa Hakka terbesar pernah dicipta.

Itu merupakan kejayaan kali kedua masyarakat Hakka tempatan setelah menghasilkan kostum berukuran 10 kaki tinggi, tujuh kaki lebar dan 16 kaki panjang bagi dua kepala singa Hakka.

Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar
Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar. Kredit foto: The Borneo Post

Lapor media tempatan, mereka pernah mencatatkan kejayaan dalam penyertaan paling banyak dengan 71 kepala Singa Hakka pada persembahan tarian singa yang pernah ditampilkan pada Januari 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang berkesempatan menyempurnakan majlis menitik mata singa dan turut mengumumkan peruntukan RM20,000 sebagai bantuan sokongan kepada komuniti Hakka.

Tiang berharap agar lebih banyak acara kebudayaan harus dianjurkan, bukan sahaja mempromosikan budaya Hakka malah menarik pelancong untuk datang ke Sarawak.

Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar
Michael Tiang dan Wee Hong Seng memegang sijil Kostum Singa Hakka Terbesar. Kredit foto: The Borneo Post

Hal ini kerana ramai orang Hakka di Thailand dan Singkawang, Indonesia turut berminat untuk menyaksikan acara kebudayaan seperti ‘Kostum Singa Hakka Terbesar’ sekaligus mempromosikan pelancongan Sarawak.

Pada majlis tersebut turut dipersembahkan 18 Singa Hakka dalam pelbagai saiz selain dua Singa Hakka terbesar itu.

Sejarah Singa Hakka

Menurut MHCA Sarawak, Singa Hakka amat berbeza daripada singa biasa yang sering kita lihat semasa Tahun Baru Cina atau perarakan lain.

Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar
Singa Hakka yang digelar sebagai Raja Singa Hijau. Kredit foto: Facebook RTI

Juga digelar sebagai ‘Raja Singa Hijau’, orang Hakka menganggapnya sebagai ‘raja’ di kalangan singa kerana mempunyai ciri unik seperti mata yang memandang ke bawah dan aksara Cina ‘raja’ diukir pada dahi mewakili ‘raja binatang’.

Corak kepala singa Hakka tidak dapat dipisahkan daripada ‘Eight Immortals ‘ Taosim dan menampilkan lapan alatan bertuah sebagai perhiasan seperti labu, kipas, seruling buluh, bakul bunga, bunga teratai, pinggan jed, pedang dan gendang ikan.

Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar
Koleksi singa Hakka. Kredit foto: Facebook RTI

Dari segi sejarah, tarian singa Hakka berasal dari Selatan Guangdong sebelum tiba di Sarawak.

Sejak dahulu, tarian singa Hakka tradisional telah diwarisi turun-temurun dan secara tradisinya dalam komuniti Hakka mereka dipanggil ‘Hopo Hakka Lion’ dan diberi penghormatan sebagai ‘Raja Singa’.

Lagi di sini untuk cerita yang menarik:

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching
Next Article Jengkaut ‘Tersentuh’ Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?