• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular

Oleh
Husna Hazmi
22 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Setakat ini ‘Selsema Tomato’ ini tidak mempunyai penawar.

Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular. Pakar perubatan telah mengeluarkan amaran mengenai virus baharu yang diberikan nama ‘selsema tomato’ setelah penyakit ini menjangkiti 82 orang kanak-kanak di India setakat ini.

Selsema Tomato ini dipercayai merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut variasi baharu dan kebanyakan kes telah dikesan di daerah Kerata dan Odisha, India. Ia diberi nama Selsema Tomato kerana lepuh merah yang tang muncul pada kulit individu yang dijangkiti.

Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular
Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular

Jangkitan pertama kali dilaporkan di India

Jangkitan ini pertama kali dilaporkan di Kollam, India serta kebanyakkannya melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Seiring dengan kemungkinan kemunculan gelombang keempat COVID-19, virus baharu yang dikenali sebagai ‘selesema tomato’ atau ‘demam tomato’ telah muncul di negeri Kerala, India yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun,” menurut laporan menerusi Lancet Respiratory Journal.

Menurut laporan, penyakit berjangkit tersebut adalah disebabkan oleh virus usus dan jarang berlaku pada individu dewasa kerana mereka biasanya mempunyai sistem imun yang cukup kuat untuk mempertahankan diri daripada virus.

Antara gejala bagi selsema Tomato ini adalah demam panas, sakit badan, bengkak sendi dan juga keletihan sama seperti gejala Chikugunya.

Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular

Sesetengah pesakit juga ada mengalami loya

Sesetengah pesakit juga ada mengalami loya, muntah, cirit-birit, demam, dehidrasi dan juga sakit badan.

Setakat ini, antara kawasan lain yang terjejas di Kerala adalah, Anchal, Aryankavu dan Neduvathur. Lancet Respiratory Journal juga turut melaporkan bahawa kemunculan jangkitan baharu ini telah mencetus amaran di negeri jiran iaitu di Tamil Nadu dan Karnataka.

Pakar Kesihatan juga mengatakan bahawa Selsema Tomato ini tidak mempunyai penawar yang khusus untuk merawatnya. Jangkitan ini juga merebak dengan pantas membuatkan pakar kesihatan mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Di samping itu, pakar kesihatan juga mengatakan bahawa ia adalah penyakit yang tiada ubat khusus untuk merawatnya dan memberi amaran bahawa jangkitan itu merebak dengan sangat pantas.

Baca lagi cerita terkini di sini:

Anak Pakar Sains Politik Rusia Maut, Kereta Dipercayai Meletup Dibom
Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar
SUMBER :Siakap keli
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter
Next Article Mengadu Gelas Tak Penuh, Netizen Balas Balik Pelanggan Yang Demand Tak Nak Ais Ini Mengadu Gelas Tak Penuh, Netizen Balas Balik Pelanggan Yang Demand Tak Nak Ais Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?