• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Oleh
Ismail NA
14 Oktober 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Wanita Ini Hantar 3 Perkataan untuk Kesan Lokasinya di Tengah Hutan

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui. Kes kehilangan di tengah hutan pasti merisaukan kita. Apatah lagi bagi individu yang mengalami situasi tersebut. Ditambah pula dengan kawasan hutan yang tidak mempunyai liputan internet atau GPS. Bagi mereka yang tidak biasa dengan survival di hutan, tentu dah gelabah nak cari bantuan di mana. Tapi lain pula kisahnya dengan seorang wanita yang hilang di hutan Lundu ini. Beliau hanya menghantar kod 3 perkataan untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari beliau di tengah-tengah hutan yang tiada liputan internet dan GPS.

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Wanita yang bernama Chai Shiaw Fung ini berkongsi detik cemas semasa beliau hilang di tengah hutan Lundu semasa menyertai Sarawak Adventure Challenge pada 12 Oktober yang lalu. Menurut postingan beliau di Facebook, beliau bersama seorang lagi rakan sesat di hutan tersebut sebelum berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat 3 jam kemudian.

Kod “COLLAPSE . YARDAGE . BROADENING” Tentukan Lokasi Sebenar

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Kod 3 perkataan iaitu “collapse.yardage.broadening” telah membolehkan pasukan penyelamat untuk menemui mereka di tengah hutan tersebut. Menurut Chai lagi, kod 3 perkataan tersebut didapati daripada sebuah aplikasi pengesan lokasi yang bersifat ‘live saving’ yang telah beliau muat turun beberapa bulan sebelum menyertai cabaran tersebut.

Kod tersebut dihantar kepada pengurus beliau yang berada di luar lokasi melalui offline dan kemudiannya ditukar kepada satu koordinat. Koordinat tersebut dihantar kepada pasukan penyelamat untuk memulakan operasi pencarian sehingga akhirnya membolehkan mereka ditemui beberapa jam kemudian. Wah, efisien!

Aplikasi “Live Saver” Ini Telah Digunakan Oleh Polis Eropah

Aplikasi yang diberi nama what3words ini merupakan sebuah aplikasi yang mengesan sesuatu lokasi hanya menggunakan 3 perkataan unik yang telah ditetapkan. Menurut laman web what3words sendiri, mereka telah membahagikan planet ini kepada 57 trillion segi empat dengan keluasan 3m x 3m dan menentukan setiap segi ini dengan 3 kod perkataan unik yang tidak akan berubah walaupun kawasan tersebut dirobohkan. Menariknya, aplikasi ini juga boleh digunakan walaupun semasa tiada liputan internet atau GPS.

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Aplikasi ini juga telah digunakan oleh polis Avon & Somerset, United Kingdom untuk mengesan lokasi sepasang ibu dan anak dalam sebuah kemalangan kenderaan di kawasan terpencil di Somerset. Selain itu, United Nations serta Persatuan Palang Merah Filipina juga telah menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lokasi penghantaran bantuan kecemasan dengan tepat.

Mudahkan Operasi Pencarian

Pada akhir postingan, Chai telah menggesa agar pasukan penyelamat, penganjur serta orang awam untuk memuat turun aplikasi ini bagi memudahkan pencarian lokasi serta menjimatkan masa.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang
Next Article Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?