• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier

Gelaran Ketua Menteri diganti kepada Premier Sarawak.

Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier. Seperti kita tahu bahawa di bumi Kenyalang, kita tidak lagi menggunakan gelaran Ketua Menteri tetapi kita telah menggunakan gelaran Premier Sarawak untuk pemimpin kita, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Mula menggunakan gelaran tersebut pada 1 Mac 2022 setelah pindaan pada perlembagaan negeri diluluskan. Pindaan ini telah dipinda pada 15 Februari 2022 dan ini juga merupakan kejayaan bagi negeri Sarawak untuk mendapatkan hak sama rata seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier
Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier. Sumber gambar: Twitter @AbgJohariOpeng

Kejayaan Sarawak membuka mata Sabah untuk mengikut jejak langkah.

Kejayaan negeri Sarawak ini telah membuka mata negeri di Bawah Bayu untuk mengikuti jejak langkah Sarawak. Menurut Edward Linggu Bukut yang merupakan Setiausaha agung STAR, Sabah juga mahu menggunakan gelaran premier untuk menggantikan gelaran Ketua Menteri bagi pemimpin Sabah.

Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier
Sumber gambar: Warta Oriental

Bukan sahaja kejayaan Sarawak dalam menuntut kesamarataan, bahkan kejayaan Sarawak menggazetkan Hari Sarawak sebagai cuti umum turut menarik perhatian mereka untuk mengikuti jejak langkah negeri jiran. Menurut beliau dalam ucapannya dalam Konvensyen Perikatan Nasional, kalau Sarawak mampu mencapai kejayaan sedemikian, mengapa Sabah tidak mampu?

Disini menunjukkan bahawa negeri Sarawak semakin maju kehadapan dalam mencapai kejayaan-kejayaan demi menyejahterkan bumi Kenyalang ini sehingga menjadi panutan untuk negeri jiran kita, Sabah. Semoga negeri Sabah mencapai kejayaan setanding dengan Sarawak.

Berikut adalah artikel tentang keunikkan negeri Sarawak dan Sabah yang boleh ditelusuri dengan lebih mendalam:

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak

https://www.iloveborneo.my/sejarah-menarik-di-sebalik-unduk-ngadau-pertandingan-terkenal-di-sabah/
SUMBER :Twitter @AbgJohariOpengWarta Oriental
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Elsa in real life', Pertama Kali Ke Sabah Lelaki Ini Kagum Dengan Kecantikan Miss World 2021 Pertama Kali Ke Sabah, Netizen Kagum Dengan Kecantikan Miss World 2021 Bagai ‘Elsa Frozen’
Next Article Lucu Penjaga Zoo Thailand Berpakaian Seperti Burung Unta Ditangkap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?