• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Coldplay Taja Interceptor 005, Mesin Untuk Membersihkan Sungai Di Malaysia

Oleh
ILB - AI
31 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Coldplay Terkenal Dengan Inisiatif Mempelihara Alam

Coldplay Taja Interceptor 005, Mesin Untuk Membersihkan Sungai Di Malaysia. Ramai masih menunggu untuk kumpulan ini untuk membuat konsert mereka di Malaysia tetapi sebaliknya kita dihadiahkan sebuah pembersih sungai iaitu The Interceptor 005.

Isi Isi Penting
  • Coldplay Terkenal Dengan Inisiatif Mempelihara Alam
  • Mesin ini mampu bersihkan 100 tan sampah plastik
  • Sampah plastik boleh bertahan bertahun-tahun dalam air, jejaskan alam sekitar
  • Baca juga artikel :

Kumpulan muzik dari Britain ini sememangnya terkenal, bukan sahaja dalam bidang muzik sahaja malah dalam usaha kemanusiaan mereka di serata dunia. The Interceptor 005 ini merupakan mesin membersihkan sungai yang dibina oleh sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), The Ocean Cleanup dari Belanda.

The Interceptor 005 ini akan menjadi mesin pembersih sungai yang kedua di Malaysia di mana mesin pertama diterima pada Ogos 2019 dan ditempatkan di sungai sekitar Klang.

Coldplay Taja Interceptor 005, Mesin Untuk Membersihkan Sungai Di Malaysia
Coldplay Taja Interceptor 005, Mesin Untuk Membersihkan Sungai Di Malaysia
Gambar Ihsan Daripada Dutch Water Sector

Mesin ini mampu bersihkan 100 tan sampah plastik

Mesin terbaru ini akan dibina di Bukit Raja, Klang dengan kerjasama sebuah firma dari Finland Konecranes. Ia dibina untuk membersihkan sebanyak 100 tan sampah terutamanya sisa plastik. Interceptor 005 ataupun dikenali sebagai Neon Moon 1 ini akan siap dibina pada pertengahan tahun 2021 dan akan beroperasi secepat mungkin.

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat memberitahu bahawa Malaysia merupakan negara pertama menerima Interceptor 005 yang merupakan mesin yang pertama dari 2 unit yang dihasilkan. Malah, ia juga merupakan yang pertama dari reka bentuk generasi ketiga dalam inisiatif mengatasi sungai kotor di dunia.

Slat juga menambah bahawa sampah plastik di lautan akan bergerak ke kawasan sampah laut di mana serpihan secara semula jadi terkumpul dalam pusaran arus yang beredar.

Sampah plastik boleh bertahan bertahun-tahun dalam air, jejaskan alam sekitar

Oleh kerana sisa plastik mampu bertahan dalam pusaran air yang bergerak perlahan selama bertahun-tahun, kekurangan tindakan untuk mencegah pencemaran akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekosistem, kesihatan dan juga ekonomi.

Sejak 2019 lagi, The Ocean Cleanup telah mengumumkan penyelesaian Interceptor nya untuk saluran air yang mencemarkan banyak negara di seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominika, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.

Baca juga artikel :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah
Next Article Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?