• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an

Oleh
Nazihah AN
8 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an

SPEEDY GONZALES, kelibatnya yang pantas berlari tanpa henti sentiasa menjadi ingatan para pengikut setia kancah bola sepak Liga Malaysia era 90an.

Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an. Affendi Julaihi, satu nama yang pasti mengingatkan kita kepada kelibat penyerang lincah dari Bumi Kenyalang. Ada laporan akhbar ketika itu yang menyatakan bahawa anak jati Kampung Gita, Kuching ini asalnya adalah atlet pecut, dan pernah mencatat bawah 11 saat untuk jarak 100 meter.

Populariti sukan olahraga ketika itu, terutama dengan perseteruan legenda Watson Nyambek-Azmi Ibrahim, sekadar menaikkan lagi ‘saham’ alumni Sekolah St. Joseph, Kuching ini.

Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an
Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an

Pencapaian Affendi Julaihi

Sumbangan terbaik Affendi bersama skuad Ngap Sayot ialah menjaringkan sebanyak 14 gol dalam satu musim.

Dengan usaha keras dan perancangan tersusun Alan Vest, Lucas Kallang dan Allahyarhamh Datuk Haji Taha Arifin, Sarawak FA gah berdiri sebagai antara pasukan yang digeruni ketika itu.

John ‘Kerbau’ Hunter, Panggiran Bala, Ramos dan Ramles Sari, Gilbert Cassidy, Mazelan Wahid Abdul, Jalil Rambli, Ali Sapiee, Zaidil Sakup, Ahmad Fairuz, Nazri Yunos, Shamsurin Abdul Rahman, Dahlan Matusin, David Evans, Billy Bone dan Alistair Edwards antara yang melekat dalam kotak minda kita.

Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an

Insiden ‘terjerat’ di gawang gol

Juga pernah menabur bakti bersama skuad kebangsaan, antara yang diingati ialah apabila beliau terlanggar gol lawan sehingga tumbang, dalam satu perlawanan bertemu Kemboja. Pada Disember 1995, berlaku satu insiden unik dan lucu sewaktu kejohanan Sukan SEA di Thailand.

Ketika Malaysia telah pun mendahului skuad Kemboja yang serba kekurangan dengan jaringan 9-0. Pada minit ke-83, Affendi merembat bola dengan kencang sambil berlari laju. Bola terkena palang, tatkala Affendi terus berlari tanpa sempat ‘menekan brek’, sehingga tersangkut pada jaring gol. Momentum pecutannya dan berat badannya yang tersangkut pada jaring, menyebabkan tiang gol terjatuh bersama Affendi.

Anuar Abu Bakar yang telah pun menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu, dengan penuh yakin melepaskan rembatan padu, sebaik melihat bola yang melantun datang. Namun, gol itu diisyhtiharkan sebagai tidak sah oleh pengadil, kerana tiang gol yang rasmi ‘tidak lagi wujud’ ketika itu.

Para petugas teknikal mengambil masa hampir sejam untuk memasang semula pintu gawang tersebut.

Ketika tahun 1999, selepas 7 musim bersama skuad Bujang Senang, tercetus sedikit kontroversi kerana Affendi dikaitkan dengan beberapa pasukan negeri seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah. Namun, akhirnya beliau memilih untuk menyarung jersi Kelantan FA.

Pernah juga jadi digosipkan oleh media dengan artis

Menjadi trend untuk media mengaitkan ‘kisah cinta’ antara atlet dan selebriti hiburan. Amy Mastura, penyanyi yang lahir menerusi program Asia Bagus yang sangat popular ketika itu, digosipkan bercinta dengan Affendi. Asia Bagus dihoskan oleh dua pengacara yang terkenal, Najib Ali dan Tomoko Kadowaki. Terus, nama Affendi meniti di bibir peminat.

Dikatakan bahawa di Negeri Cik Siti Wan Kembang lah beliau banyak mengikuti pengajian agama, sebelum aktif bersama Jamaah Tabligh tidak berapa lama kemudian.

Kini, beliau dilaporkan telah bergelar pengetua di sebuah sekolah agama, Madrasah Darul Uloom Islamiyyah di Kuching, Sarawak.

Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an

Baik sebagai penyerang yang laju bak lipas kudung. Mahupun sebagai pendakwah yang tegar dan disenangi, nama seorang Affendi Julaihi akan terus hidup dalam jiwa penyokong Sarawak FA.

Baca juga kisah pemain bola sepak berdarah Sarawak yang menempa nama di luar negara:

Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika
Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali
Next Article Rakyat Sarawak Di Luar Negara Diseru Pulang Berkhidmat, Tunaikan Tanggungjawab

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?