• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak

Oleh
Aina Musa
24 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak

Tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan

Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak. Mahkamah Sesyen Sibu semalam menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM50,000 ke atas pengarah syarikat kilang papan atas dua pertuduhan memiliki kayu balak secara haram.

Tertuduh, Cho Ming Yong, 66, yang mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut, turut diperintahkan oleh Hakim Marutin Pagan membayar royalti kayu berjumlah RM163,019.90 kepada Kerajaan Sarawak.

Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak.

Pertuduhan adalah di bawah kesalahan mengikut Seksyen 96 (3) Ordinan Hutan 2015, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Serta di bawah Seksyen 95(1) dan Seksyen 96(1) Ordinan Hutan 2015, yang dibaca bersama Seksyen 95(2), 96(2), 98, 99 dan 79 ordinan yang sama.

Mengikut fakta kes, Cho yang juga pengurus kilang papan yang merupakan ejen kepada sebuah syarikat perkayuan, telah melakukan kesalahan itu pada jam 3.20 pagi, 3 Februari 2023 di Jalan Tellian.

Dia ditangkap menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai penguatkuasa dari Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) bersama beberapa anggota polis Pasukan Gerak Am (PGA) dan didapati memiliki sejumlah 202 batang kayu balak secara haram dan tidak dibayar royalti kepada kerajaan.

Cho diwakili peguam Ben Lau dan Danny Huang dan pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin.

Baca lagi artikel menarik:

Saksi Dakwa Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah Terima Rasuah RM31 Juta
Padah Pukul Adik 15 Tahun, Lelaki Kuching Ini Dipenjara 6 Bulan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200
Next Article Media Lapor Doktor Hindu Di Sarawak Tidak Dapat Layanan Setara Untuk Cuti Thaipusam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?