• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SPRM Cari Pengarah Syarikat Oil And Gas Berpengkalan Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
5 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
SPRM Cari Pengarah Syarikat Oil and Gas Berpengkalan Di Sarawak

SPRM berkata Tang diperlukan sebagai saksi utama kes melibatkan Sapura Kencana Offshore

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari pengarah urusan Gafung Petroleum Sdn Bhd, Tang Kuok Sing, untuk membantu dalam kes yang sedang didengar di Mahkamah Sesyen Jenayah di Kuala Lumpur, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada hari Isnin.

Dalam kenyataan itu, SPRM berkata Tang diperlukan sebagai saksi utama kes tersebut. Namun, suruhanjaya itu tidak dapat menjejaki lokasinya. Alamat terakhir Tang yang diketahui ialah No 150, Lorong Lapangan Terbang 51, Jalan Lapangan Terbang, 93450 Kuching, Sarawak.

SPRM Cari Pengarah Syarikat Oil and Gas Berpengkalan Di Sarawak
SPRM Cari Pengarah Syarikat Oil and Gas Berpengkalan Di Sarawak

SPRM menyeru orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan Tang, untuk menghubungi pegawai penyiasat Zainan Sarif Marjan di 03-8870 0331 atau 019-8699 370, atau emel ke [email protected].

Kes yang sedang dibicarakan adalah mengenai seorang kakitangan eksekutif bekas Sapura Kencana Offshore Sdn Bhd yang didakwa telah menerima rasuah dari syarikat Gafung Petroleum milik Tang antara tahun 2012 dan 2014, untuk bekalan bahan api kepada kapal-kapal milik Sapura Kencana Offshore, menurut SPRM.

Tidak diketahui sama ada Tang masih menjadi pengarah urusan Gafung Petroleum. Pada bulan Jun 2019, Gafung Petroleum menandatangani memorandum perjanjian dengan Bintulu Port Sdn Bhd, untuk mengukuhkan aktiviti bunkering bahan api kapal ke kapal di Pelabuhan Bintulu.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Polis Sahkan Dakwaan Taib Dikeluarkan Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Scammer Menyamar LHDN, Ini Tip Elak Kena Tipu
Next Article Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?