I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir

Oleh Ismail NA
5 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Kisah mitos yang menarik untuk diketahui umum

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir. Tahukah anda bahawa terdapat sebuah batu misteri di Simunjan, Sarawak yang menyerupai wajah manusia?

Batu ini bukanlah sebarang batu. Menurut cerita orang tua-tua di kawasan tersebut, batu tersebut sebenarnya penduduk sebuah rumah panjang yang disumpah dan bertukar menjadi batu setelah dipanah petir.

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir: FB Anson Liu

Batu Kudik ini berusia lebih 100 tahun dan terletak di Kampung Semalatong, dekat Ulu Simunjan. Pada dinding batu ini terdapat bentuk seakan-akan wajah manusia sekiranya diamati dari jarak dekat.

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Sumber foto: FB Johnston Dem Dem

Kisah wanita tua dan cucunya ditertawakan ketika meminta makanan

Menurut cerita orang tua-tua di kawasan tersebut, batu ini menyimpan kisah misteri antara seorang wanita tua dan penduduk sebuah rumah panjang Iban. Al-kisahnya, terdapat seorang wanita tua bersama cucunya meminta ihsan penduduk rumah panjang Iban untuk diberikan makanan.

Ada yang mengatakan wanita tua itu meminta diberikan makanan sewaktu perayaan Gawai Antu. Ada juga yang mengatakan bahawa wanita tua itu meminta makanan sewaktu majlis perkahwinan salah seorang penduduk kampung.

Walau bagaimanapun, permintaannya tidak diendahkan. Malah, wanita tua dan cucunya ditertawakan oleh penduduk rumah panjang itu. Mereka juga dipersendakan oleh penduduk rumah panjang itu sebelum mereka dihalau.

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Gambar hiasan. Ilustrasi rumah panjang Iban suatu ketika dahulu.

Wanita tua itu berasa sedih tetapi dalam masa yang sama, marah dengan penduduk rumah panjang itu. Kesal dengan perbuatan jahat mereka, wanita tua itu mengikat pakaian pada ekor seekor anjing dan menyalakan pakaian pada hujung ekor anjing tersebut.

Penduduk rumah panjang tetap ketawa melihat anjing yang kesakitan

Nyalaan pada anjing tersebut menyebabkan haiwan tersebut berlari ke arah orang ramai yang berada di rumah panjang itu. Pada waktu itu, penduduk rumah panjang tersebut sedang dalam keadaan mabuk kerana asyik berhibur di pesta keramaian.

Melihat anjing tersebut berlari-lari, penduduk di rumah panjang tersebut turut mentertawakan anjing tersebut. Malangnya, sikap mereka mendatangkan malang apabila satu rumah panjang itu dipanah petir.

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Sumber: FB Anson Liu

Penduduk rumah panjang itu bertukar menjadi batu kerana dipercayai mentertawakan sesuatu yang tidak patut ditertawakan. Lebih-lebih lagi berkenaan benda hidup yang sedang dalam kesusahan.

Kudik, bala bencana yang diturunkan akibat perbuatan jahat sekumpulan manusia

Oleh sebab itulah nama batu ini dinamakan Batu Kudik. ‘Kudik’ ialah istilah Iban yang bermaksud cuaca yang sangat buruk seperti hujan lebat berserta kilat yang sabung menyabung. Kebiasaannya ‘kudik’ ini akan hadir sekiranya sekumpulan manusia melakukan perbuatan terlarang.

Boleh dikatakan kudik ini adalah seerti dengan bala atau bencana dalam Bahasa Melayu.

Sehingga kini, tiada siapa dapat mengesahkan kesahihahan cerita ini. Namun, jalan cerita kisah ini bukan sahaja diceritakan oleh penduduk Kampung Semalatong, tetapi juga serupa seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua penduduk Kampung Spaoh Jalan Punda, Kampung Merbo di Balai Ringin dan penduduk di Kampung Gedong.

Sumber foto: FB Anson Liu

Meskipun menyimpan sejarah gelap, namun Batu Kudik ini berpotensi menjadi tempat tarikan pelancong kerana ia mempunyai struktur gua kecil yang boleh diterokai. Malah, ia menjadi salah satu destinasi hidden gem peneroka alam semulajadi seperti para hikers.

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Sumber : FB Anson Liu
Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Sumber: FB Anson Liu
Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir
Sumber: FB Anson Liu

Baca lagi artikel menarik:

Ketahui Sejarah Ngeri ‘Batu Sumpah Kimanis’ Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah
Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah ‘Pembawa Tuah’ Di Bintulu

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SPRM Cari Pengarah Syarikat Oil and Gas Berpengkalan Di Sarawak SPRM Cari Pengarah Syarikat Oil And Gas Berpengkalan Di Sarawak
Next Article Raghad Nafi Bawa Taib Keluar Hospital Tanpa Kebenaran

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?