Jom bawa keluarga dan rakan beriadah di Stampark Place!
Kolam Renang Luas Dan Terjaga, Jom Beriadah Bersama Keluarga Di Stampark Place Kuching. Kalau anda ingin mencari aktiviti menarik untuk dibuat pada hujung minggu mahupun pada masa lapang anda, jom singgah ke Stampark Place di BDC Stampin, Kuching!
Menyediakan kolam renang luas, bersih dan terjaga, Stampark Place ini merupakan tempat beriadah yang amat sesuai buat keluarga dan rakan-rakan.
![Kolam Renang Luas Dan Terjaga, Jom Beriadah Bersama Keluarga Di Stampark Place Kuching](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2022/06/283334759_140271668590260_7134665942175100351_n-1024x768.jpg)
Aktiviti sesuai bagi individu yang tidak suka berpeluh
Berenang merupakan salah satu aktiviti santai yang amat sesuai bagi individu tidak suka berpeluh atau tidak suka melakukan aktiviti senaman mengeluarkan peluh.
Bagi anda di luar sana yang minat berenang atau ingin belajar berenang, anda boleh singgah di Stampark Place ini kerana kemudahan yang disediakan adalah lengkap.
Stampark Place dibuka pada setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 7.30 petang namun mereka mempunyai 4 sesi masa buat para pengunjung untuk mengelak daripada kesesakan.
![Kolam Renang Luas Dan Terjaga, Jom Beriadah Bersama Keluarga Di Stampark Place Kuching](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2022/06/282622569_140271688590258_5496388638707191136_n-1024x768.jpg)
Harga bayaran masuk
Bagi bayaran masuk di sini, golongan dewasa hanya perlu membayar RM 8, kanak-kanak pula RM 6 dan anak kecil bawah 2 tahun adalah percuma. Stampark Place ini juga lebih menggalakkan bayaran secara dalam talian atau Sarawak Pay, memang sesuai bagi sesiapa yang tak selalu bawa wang tunai.
Sebelum memasuki Stampark Place ini juga, anda perlu mengikuti peraturan yang telah disediakan di sini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jadi, tunggu apa lagi, kalau ada masa lapang tu, bolehlah pergi berenang di Stampark Place.
Lokasi: Jalan Stutong, Taman Satria Jaya, BDC Stampin, 93350 Kuching
Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 pagi hingg 7.30 petang
No. Telefon: 082-573 869