• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat

Oleh
ILB - AI
27 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ada 2 pelan baharu selain Pelan Pantas dan Pelan Unlimited

Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat. Kita sedia maklum bahawa pelan prabayar Hotlink memiliki 2 pelan yang utama iaitu Pelan Pantas dan Pelan Unlimited. Namun, terbaharu ada 2 pelan yang belum diumumkan di laman web Hotlink. Pelan ini hanya ditemui di aplikasi Hotlink sahaja.

Dua pelan terbaharu tersebut adalah Pelan Streaming dan Pelan Work From Home. Kedua-dua pelan ini memiliki pas tawaran yang sama namun berbeza sedikit dengan kegunaannya.

Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat
Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat. Sumber gambar: SOYA CINCAU

Pelan Streaming

Pelan Streaming adalah satu pelan yang menyediakan internet tanpa had dan sekatan untuk kelajuannya namun dikenakan masa dan kuota yang terhad. Bahkan, internet dengan kelajuan tanpa sekatan ini hanya dapat digunakan untuk beberapa aplikasi sahaja.

Antara aplikasinya adalah TikTok, Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, VIU, Spotify dan JOOX. Kelapan-lapan aplikasi ini boleh di layari dari jam 6 pagi sehingga ke 6 petang sahaja. Jika melebihi 12 jam tersebut, maka kelajuan internet akan disekat.

Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat
Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat. Sumber gambar: SOYA CINCAU

Pelan Work From Home

Untuk Pelan Work From Home pula, ianya satu pelan tanpa had yang turut melibatkan beberapa aplikasi yang berkaitan dengan urusan kerja pula.

Terdapat 9 aplikasi yang termasuk dalam pelan ini seperti Office 365, Microsoft Teams, Skype, Zoom, Google Meet, Whatsapp, Wechat, Miscrosoft Outlook dan OneDrive. Untuk aplikasi ini dan yang membezakan Pelan Work From Home dan Pelan Streaming adalah pelan ini tiada sekatan dari segi masa.

Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat
Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat. Sumber gambar: SOYA CINCAU

Memiliki ciri dan pas yang sama

Kedua-dua pelan ini pula memiliki ciri yang sama dimana kedua pelan ini masih ada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) iaitu sebanyak 100GB sebulan. Kedua-dua pelan ini akan disekat kelajuan internetnya apabila melebihi FUP tersebut.

Bahkan, kedua-dua pelan juga memberi diskaun sebanyak 5% kepada pelanggan pelan untuk pembelian dalam aplikasi strim di Google Playstore dan Apple Appstore. Diskaun ini hanya akan diberikan sekiranya melakukan pembayaran melalui Maxis Direct Billing.

Untuk pas yang ditawarkan pula, kedua-dua pelan memiliki tawaran pas yang sama iaitu pas RM40 untuk 25GB, RM25 untuk 15GB dan RM20 untuk 5GB. Namun, kedua-dua pelan ini tiada tawaran panggilan tanpa had yang disertakan. Jadi, pelanggan perlu membayar untuk membuat sebarang panggilan.

Dengan adanya 2 pelan terbaharu ini beserta tawaran pas yang hebat disediakan, tidak rugi jika memilih Hotlink sebagai rangkaian telekomunikasi pilihan anda.

Boleh baca artikel yang dibawah untuk cerita menarik yang lain:

Dua Menara Telekomunikasi Dibina, Warga Tanjung Manis Bakal Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi
Pelajar IPT Dari Keluarga B40 Layak Mohon Tablet Percuma Bermula April Ini
SUMBER :SOYA CINCAU
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah
Next Article Buat Masyarakat Risau, Mesej Tular Jual Organ Kanak-Kanak Adalah Palsu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?