• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah

Oleh
ILB - AI
27 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tempat kunjungan ala Desa Dairy Farm Sabah

Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah. Siapa kat sini teringin sangat nak pergi ke Desa Dairy Farm yang ada dekat Sabah tetapi menghadapi kekangan-kekangan yang tertentu untuk singgah ke bumi Di Bawah Bayu tersebut?

Jangan risau, sekarang Sarikei pun ada tempat kunjungan yang sesuai untuk anda kunjungi yang memiliki tarikan ala Desa Dairy Farm juga tau. The Shepherd Farm adalah destinasi kunjungan yang menjadi salah satu tarikan di Sarikei.

Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah
Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah. Sumber gambar: FB The Shepherd Farm

Sesi perlu ditempah, caj kemasukan kanak-kanak RM5 dan dewasa RM8

Beroperasi pada hari yang diiklankan seperti di laman Facebook mereka sahaja, maka setiap sesi perlu dilakukan penempahan terlebih dahulu. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan kesesakan di dalam ladang. Bahkan, ini juga dapat memberi ruang serta pengalaman yang terbaik dan selesa untuk para pengunjung.

Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah
Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah. Sumber gambar: FB The Shepherd Farm

Untuk setiap sesi, masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam dan boleh memuatkan sebanyak 20 kumpulan untuk setiap sesi tersebut. Manakala, untuk bahagian caj kemasukan pula sangat berpatutan. Dewasa dicaj RM8 dan untuk kanak-kanak pula RM5.

Boleh bagi makan ternakan dan ada produk tenusu tersendiri

Sepanjang kunjungan, pengunjung bukan sahaja boleh melihat pelbagai species ternakan seperti kambing atau lembu malah berpeluang untuk memberi makan mereka. Hal ini dapat memberikan suasana desa atau kampung untuk anak-anak kecil anda.

Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah
Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah. Sumber gambar: FB The Shepherd Farm

Bukan tarikan ini sahaja, The Shepherd Farm juga ada mengeluarkan produk hasil tenusu mereka juga seperti susu kambing yang dibotolkan dan ais krim buatan sendiri. Bahkan, susu tenusu yang dihasilkan turut berkolaborasi dengan Mix Food Borneo untuk menghasilkan ais krim susu kambing yang segar. Semua ini boleh didapatkan di The Shepherd Farm.

Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah
Tarikan Baru The Shepherd Farm Sarikei Ini Macam Ala-Ala Desa Dairy Farm Di Sabah. Sumber gambar: FB The Shepherd Farm

Jadi, apa tunggu lagi? Rancang masa anda dan ajak keluarga, rakan dan pasangan anda untuk berkunjung ke sini!

Antara tempat menarik yang lain yang boleh anda kunjungi jika singgah ke Sarikei dan bahagian yang berdekatan adalah seperti berikut:

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu
https://www.iloveborneo.my/nama-diambil-sempena-sejarah-pahlawan-iban-dahulu-jom-ke-wong-pala-munsoh-di-sarikei/
SUMBER :FB The Shepherd Farm
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi Perempuan Seperti Baru Dilahirkan Ditemui Di Tengah Jalan Di Keningau, Sabah
Next Article Streaming Dan Work From Home, 2 Pelan Terkini Hotlink Dengan Tawaran Pas Hebat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?