• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Teruskan Pemberian Subsidi Ayam, Telur Hingga Disember Ini

Oleh
ILB - AI
9 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

80 sen sekilogram bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur

Kerajaan Teruskan Pemberian Subsidi Ayam, Telur Hingga Disember Ini. Kerajaan berhasrat utnuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan juga pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini pada kadar 80 sen sekilogram bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur.

Dalam kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, perkara itu diputuskan untuk meringankan beban penternak susulan peningkatan kos pengeluaran yang berterusan.

Lapor media, kos pengeluaran itu melibatkan kos makanan ayam yang meliputi 70 peratus dari kos pengeluaran selain kos anak ayam, logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan.

Kerajaan Teruskan Pemberian Subsidi Ayam, Telur Hingga Disember Ini
Kerajaan Teruskan Pemberian Subsidi Ayam, Telur Hingga Disember Ini

Harga siling ayam dan telur peringkat runcit

Keputusan dibuat dengan mengambil kira harga siling ayam standard peringkat runcit dikekalkan pada kadar RM9.40/kg dan harga siling telur ayam gred A, B dan C peringkat runcit dibekalkan masing-masing pada kadar 45 sen, 43 sen dan 31 sen sebiji di Semenanjung Malaysia.

Pembayaran subsidi juga akan disalurkan terus ke akaun penternak melalui Agrobank seperti mekanisme sedia ada melibatkan penternak persendirian, penternak integrator atau semi-integrator dan penternak kontrak.

Kementerian juga akan memastikan pembayaran berjalan lancar bagi kelangsungan pengeluaran di peringkat ladang.

Telur ayam. Kredit foto: Berita RTM

Ronald berkata subsidi tersebut melibatkan tambahan implikasi kewangan sebanyak RM573.96 juta kepada kerajaan manakala jumlah peruntukan subsidi ayam dan telur telah diperuntuk dari Februari 2022 hingga September 2022 adalah sebanyak RM1.233 bilion.

Lagi cerita menarik di sini:

Orang Asli Percaya Kejadian Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam Akan Berlaku
Air Minuman Campuran Ganja Dapat Sambutan Pelancong Malaysia Di Thailand
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suami Sorok Duit Dalam Diam, Isteri Pula Terbuang Pakaian Suami Berisi RM45k Dalam Poket Suami Sorok Duit Dalam Diam, Isteri Pula Terbuang Pakaian Suami Berisi RM45k Dalam Poket
Next Article Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?