• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Suka Mengulas Makanan? Menangi Hadiah Sehingga RM 1.5K Dalam Pertandingan Video Pendek DBP Ini

Oleh
Ismail NA
16 Oktober 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Serlahkan kreativiti anda dalam Pertandingan Video Pendek anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Sarawak.

Suka Mengulas Makanan? Menangi Hadiah Sehingga RM 1.5K Dalam Pertandingan Video Pendek DBP Ini. Adakah makanan menjadi topik kegemaran anda? Suka mengulas makanan di group Facebook dan memuat naik video tentang makanan di Instagram? Apa kata anda sertai Pertandingan Video Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak ini.

Bertemakan ‘Ulasan Makanan Sarawak’, anda boleh menyerlahkan kreativiti dan ulasan mantap anda tentang makanan masyarakat Sarawak seperti mi kolok, laksa Sarawak, kek lapis Sarawak, umai dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan anda, Pertandingan Video Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Dekad Bahasa Kebangsaan 2020. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan platform untuk rakyat Malaysia menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan melalui penceritaan tentang jati diri dan citra sebagai bangsa Malaysia.

Suka Mengulas Makanan? Menangi Hadiah Sehingga RM 1.5K Dalam Pertandingan Video Pendek DBP Ini
Suka Mengulas Makanan? Menangi Hadiah Sehingga RM 1.5K Dalam Pertandingan Video Pendek DBP Ini

Pertandingan ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang berusia 17 tahun ke atas.

Muat turun borang dengan mengimbas kod QR di poster pertandingan atau menekan pautan ini :

Borang-Video-pendek-2020Download

Apakah syarat untuk menghasilkan video pendek yang terbaik?

  • Rakaman MESTILAH menggunakan bahasa kebangsaan.
  • Rakaman video MESTILAH mempunyai sari kata dalam bahasa kebangsaan.
  • Rakaman video hendaklah JELAS dari segi audio dan visual.
  • Tidak menyentuh isu-isu sensitif.
  • Boleh menggunakan ANIMASI atau LAYAR SKRIN HIJAU.
  • Rakam secara landskap (16 : 9) menggunakan tetapan format 1920x1080p @ 30 fps

Penyertaan yang paling padu dan kreatif berpeluang untuk merebut hadiah tempat pertama iaitu sejumlah wang tunai sebanyak RM 1,500!

Bukan itu sahaja, pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai berjumlah RM 1,000 dan RM 800.

10 pemenang saguhati pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 200 setiap seorang.

Kategori Sinematografi Terbaik dan Video Pilihan Ramai pun ada!

Jika anda telah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan video dengan sinematografi yang luar biasa pula, anda juga berpeluang untuk menjadi pemenang Kategori Sinematografi Terbaik yang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 300.

Video yang mendapat paling banyak tanda suka di laman sosial media Facebook juga akan menerima Anugerah Video Pilihan Ramai dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 300.

Suka Mengulas Makanan? Menangi Hadiah Sehingga RM 1.5K Dalam Pertandingan Video Pendek DBP Ini

Boleh tahan lumayan kan?

Apa lagi? Sertai pertandingan video pendek ini dan serlahkan kreativiti anda mengulas makanan Sarawak dengan cara yang paling menarik dan ‘stail’!

Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia pertandingan di alamat berikut :

Urus Setia,
Pertandingan Video Pendek
Ulasan Makanan Sarawak,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak,
Jalan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub,
Petra Jaya,
93050 KUCHING, SARAWAK.
(u.p.: Cik Natassya Omar)


No. Tel : 082-227000 / 017-3013869
Faks : 082-227077
E-mel : [email protected]

Mencari ilham makanan Sarawak? Baca juga artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini
Next Article Dakwa 'Keling' Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif Dakwa ‘Keling’ Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?