• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa ‘Keling’ Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif

Oleh
ILB - AI
16 Oktober 2020
Kongsi
10 Min Bacaan
Dakwa 'Keling' Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif

Merupakan racial slur di Semenanjung Malaysia

Dakwa ‘Keling’ Sebagai Gelaran Rasis Di Malaysia Timur, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif. Dalam konflik budaya yang malangnya tidak disengajakan, seorang lelaki kaum India pergi ke Twitter untuk menyatakan kemarahannya terhadap orang Sabah dan Sarawak, yang dia dakwa cuba membenarkan penggunaan perkataan keling di kalangan masyarakat Malaysia Timur.

Isi Isi Penting
  • Merupakan racial slur di Semenanjung Malaysia
  • “Orang Sabah/Sarawak duk justify ‘k*ling’ tu bukan racial slur,” – Netizen
  • Keling ialah seorang wira masyarakat Iban
  • Jadi, apakah isu yang telah timbul?

Untuk pengetahuan anda, perkataan ‘keling’ adalah sebuah racial slur atau penghinaan kaum, ditujukan ke kaum India. Walau bagaimanapun, perkataan itu mempunyai maksud lain di Sarawak dan ia bukan kebiasaan digunakan sebagai penghinaan.

Dakwa ‘Keling’ Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif

“Orang Sabah/Sarawak duk justify ‘k*ling’ tu bukan racial slur,” – Netizen

Menurut @arivinraj_turu menerusi Twitter, dia meluahkan kemarahannya terhadap orang Sabah dan Sarawak membenarkan penggunaan perkataan ‘keling’ di kalangan masyarakat.

Aku dari dulu perati satu benda. Orang Sabah/Sarawak duk justify ‘keling’ tu bukan racial slur. Korang kena try buat rilek doh dengan perpaduan korang tu.

— Turu dah ada PS4 (@arivinraj_turu) October 16, 2020


Menurut sabrizain.org tentang perspektif bersejarah tentang perkataan ‘keling’, perkataan tersebut kemungkinan besar berasal dari nama ‘Kingdom of Kalinga’ iaitu present-day Odisha di India. Walaupun begitu, perkataan itu dahulu diguna untuk menggambarkan orang India Selatan dan bukan secara spesifik untuk warga Kalinga.

Kingdom of Kalinga. Kredit: The History Files


Rujukan pertama perkataan itu dalam Sejarah Melayu terjadi pada bab kedua yang berurusan dengan eksploitasi Raja Cholan 1, yang disebut oleh maharaja China sebagai ‘Raja Keling’.

Raja Cholan 1 digelar ‘Raja Keling’ oleh maharaja China. Kredit: factsin


Banyak rujukan lain dalam Sejarah Melayu merujuk kepada peristiwa yang lebih baru semasa zaman Kesultanan Melaka, seperti lawatan Hang Nadim ke ‘Benua Keling‘, merujuk kepada negara India secara umum, dan bukannya Kalinga khususnya kerana kerajaan itu pada masa itu secara signifikan merosot kekuasaan. Hikayat Hang Tuah juga mempunyai keseluruhan bab yang menggambarkan perjalanan Hang Tuah ke ‘Benua Keling’.

Kajian Hang Tuah Bab 19. Kredit: SlideShare


‘Dagregister‘ Belanda menyebut penduduk India di Melaka sebagai ‘Clings’ atau ‘Klingers’ sementara tulisan kolonial Inggeris mengguna perkataan ‘Klings’ untuk merujuk pendatang dari Pantai Coromandel.

Definisi ‘klings’ menurut kolonial Inggeris. Kredit: The Indian Heritage


Menurut ‘A Descriptive Dictionary of British Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1894, ‘kling’ berdefinisi sebagai ‘istilah umum untuk semua orang Hindustan dan untuk negara itu sendiri.’


Kamus deskriptif oleh Nicholas Belfield Dennys. Kredit: Book Depository


Menurut ‘The Golden Chersonese’ yang ditulis oleh Isabella Bird dan diterbitkan pada tahun 1879, perkataan itu menggambarkan penduduk asli India selatan. Malah, terdapat sebuah lukisan menggambarkan seorang lelaki India dalam buku itu, kepsyen sebagai ‘a Kling.’

Lukisan seorang lelaki India dengan kepsyen ‘a Kling’. Kredit: sabrizain


Rujukan untuk ‘keling’ dari Sejarah Melayu pada abad ke-16 hingga penulisan Inggeris pada abad ke-19, tidak digunakan dalam pengertian yang menghina atau dimaksudkan sebagai penghinaan kaum.

Meskipun origin perkataan ini tidak bermaksud seperti apa yang kita ketahui hari ini, ia kini dianggap menghina dan menyinggung perasaan orang kaum India sejak tahun 1960-an dan telah menjadi isu di Malaysia. Malah, ahli politik sebelum ini seperti menteri, anggota exco negeri dan Ahli Parlimen menggunakannya secara terang-terangan. Contohnya, perkataan itu diguna oleh ahli parlimen pada 2005 kerana perselisihan faham mengenai etnik India, yang mengakibatkan kemarahan di kalangan masyarakat dan menuduh ahli parlimen itu rasis.

Selama beberapa dekad, perkataan ini telah digunakan sebagai ejekan dan penghinaan sebagai kaedah untuk membezakan kaum. Menurut Dhinesha Karthigesu, penulis vice.com, beliau menjelaskan perkataan itu:

“Cara untuk mengingatkan kaum India Malaysia tentang bangsa mereka. Dan kadang-kadang sebagai cara untuk memberitahu kita bahawa kita bukan orang sini. Di bawah penggunaan kata itu terdapat banyak prasangka seperti stereotaip kaum, warna, dan juga pembezaan kelas.”

Keling ialah seorang wira masyarakat Iban

Untuk masyarakat Iban di Sarawak, Keling merupakan seorang pahlawan. Menurut lagenda, Keling tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang Isang. Isterinya, Kumang, dari rumah panjang Gelong Batu Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang.

Keling, seorang pahlawan gagah dalam masyarakat Iban. Kredit: BillCreative


Digambarkan seorang pahlawan yang mempunyai sifat idaman setiap lelaki dalam masyarakat Iban, Keling adalah seorang yang gagah, berani dan mempunyai wajah yang handsome. Sesuai dengan ketampanan Keling, Kumang pula digambarkan seorang wanita Iban yang cantik, lemah lembut dan pandai di dalam serba-serbi untuk menjadi seorang isteri dambaan suami pada ketika itu.

‘Kumang’ oleh Lilly Metom. Kredit: saradise


Perkahwinan mereka umpama bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.

Keling merupakan seorang pahlawan yang dirujuk dalam pelbagai cerita di kalangan masyarakat Iban. Selain berani, dia juga dipercayai mempunyai kuasa ghaib seperti mahir menghilangkan diri daripada penglihatan musuh serta mampu bertukar wajah dan juga memegang watak yang berbeza.

Ia dipercayai bahawa jika seseorang berjaya berjumpa dengan Keling atau Kumang menerusi mimpi, mereka akan menjadi berani dan boleh dijadikan pahlawan.

Sebagai mengingati legenda Keling dan Kumang, masyarakat Iban di Sarawak akan sentiasa mengadakan pertandingan Keling Gawai (untuk kaum lelaki) dan Kumang Gawai (untuk kaum wanita). Upacara ini akan diadakan pada setiap tahun besemperna Gawai Dayak di Sarawak, malah telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pelancongan negeri Sarawak.

Peserta Kumang Gawai. Kredit: PPMK
Peserta Keling Gawai. Kredit: Borneo Post Online

Jadi, apakah isu yang telah timbul?

Berbalik kepada isu mengenai kemarahan @arivinraj_turu tadi, walaupun sambil memahami bahawa dia marah kerana perkataan itu digunakan secara terbuka oleh warga Sarawak dan Sabah, ramai orang Sarawak tampil menjelaskan perbezaan sambil mengakui maknanya yang lain.

Namun, bertentangan dengan apa yang didakwanya, tinjauan mendapati bahawa kebanyakan warga Sarawak menggelar orang India ‘tambi’ iaitu bermaksud ‘little brother’. Malah, ramai orang Sarawak tak pernah mendengar perkataan itu secara terang-terangan diucapkan kepada kaum India di Sarawak dan mengakui bahawa pertama kali mereka mengetahui perkataan itu mempunyai makna negatif adalah ketika mereka berada di Semenanjung Malaysia.

No one is justifying anything, at least according to semua quote tweet and in the replies. Aku tak tahu dgn sarawakian mana kau jumpa but we only refer to indians with “tambi”. The K-word is offensive towards indians. The other one is an iban legend called Keling

— Jarl Ballin’ (@the_aquiver) October 16, 2020

I’ve never heard of the word keling until my semenanjung friends guna.

Here in sarawak we use Tambi / thamby. Is that an insult? (Honest question)

— j u l e s | Parti Sampai Pagi ™ | 1010 (@jules1anne) October 16, 2020

Tahniah kerana berjaya mengenali beberapa org srwk dan terus generalise kan satu negeri. I don’t even know the existence of the k word until I went to semenanjung.

— Akram Zakaria (@akrmxakaria) October 16, 2020

Kena faham, nak condemn, tanya the use of term on the local level. Throughout my life, we call our Indian friends with the term ‘tambi’. I only learn the K word when I went to Semenanjung.

— Omo The Detergent (@rhzqsllhn) October 16, 2020


Setelah dijelaskan maksud alternatif, @arivinraj_turu follow-up tweetnya dengan menyatakan,

Ada lagi yg quote kata “keling” dalam bahasa diorang maksud lain. Okay, keep it to yourself. Tapi jgn guna dekat India lain. Pastu, bila org cakap “keling” tu offensive, tak payah la “oh keling tu dalam bahasa kitorang lain” sangat la.

— Turu dah ada PS4 (@arivinraj_turu) October 16, 2020


Salah seorang netizen menjawab,

Hey. Its a misunderstanding. Ur grievances r wth some ppl coz of the way they address ur community and the context of the word.
The prob is some from where i m from across the sea may not know this. N we dont address indians with that word in deragotory manner. Hope u undersrand

— Callistus #RakyatJagaRakyat (@kentab383) October 16, 2020

“Ia hanya satu salah faham. Kemarahan anda ditujukan kepada beberapa orang kerana cara mereka memanggil komuniti anda dan konteks perkataan itu. Masalahnya di sini, beberapa orang dari mana saya berasal (iaitu) di seberang laut mungkin tak tahu tentang ini. Dan kami tidak menggelar kaum India dengan perkataan itu untuk menghina. Saya harap anda faham.”

Meskipun perkataan ‘Keling’ merujuk kepada seorang pahlawan gagah di masyarakat Iban, perkataan itu dianggap sebuah penghinaan kepada kaum India.

Apakah pendapat anda mengenai ini? Komen dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suka Mengulas Makanan? Menangi Hadiah Sehingga RM 1.5K Dalam Pertandingan Video Pendek DBP Ini
Next Article Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?