Pasukan Ragbi Wanita Sarawak Unggul ke Final, Tumpaskan Terengganu 5-0
Cipta Sejarah, SUKMA Ragbi Wanita Sarawak Berjaya Masuk Perlawanan Akhir. Pasukan ragbi wanita Sarawak mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Ragbi 7’s Wanita dalam temasya SUKMA 2024.
Kejayaan ini tercipta selepas mereka menewaskan pasukan Terengganu dengan skor 5-0 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Miri, Sarawak.

All the best Ragbi Wanita Sarawak!
Dengan semangat dan kesungguhan yang tinggi, Sarawak kini bersedia untuk merebut pingat emas apabila dijadualkan bertemu dengan Selangor pada petang ini.
Dalam perlawanan separuh akhir, Sarawak menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengatasi Terengganu. Skor 5-0 mencerminkan ketangkasan dan kehebatan para atlet Sarawak, yang berjaya menguasai permainan sejak dari separuh masa pertama.
Perlawanan akhir menentang Selangor yang dijadualkan pada jam 2:52 petang ini akan menjadi ujian sebenar keupayaan mereka. Pasukan Sarawak terdiri daripada pemain-pemain berbakat seperti Angeline Mallika Atong, Arlieta Luin William, dan Christalynna Henry yang bakal berhadapan dengan cabaran sengit daripada pemain Selangor seperti Jaqueline Frances Keough dan Nada Nabella Puteri Zol Fakar.
Teruskan berjuang, bermain dengan sepenuh hati dan kebanggaan untuk negeri tercinta!

