• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum

Oleh
Husna Hazmi
23 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ramai hadir bagi memeriahkan Rumah Terbuka Premier Sarawak.

Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum. Berlangsung semalam, dilaporkan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah dimeriah dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat berbilang kaum pada hari pertamanya.

Bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa serta agama beratur panjang seawal jam 9 pagi bagi memeriahkan rumah terbuka berkenaan. 

Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum
Kredit foto: Sarawak Edition

Rumah terbuka berlangsung selama dua hari

Rumah terbuka yang yang berlangsung selama 2 hari ini bermula pada jam 10.30 pagi hingga 4 petang pada Sabtu (Raya Pertama) dan 10 pagi hingga 2 petang pada Ahad (Raya Kedua).

Turut hadir bagi memeriahkan lagi rumah terbuka ini adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Barisan menteri-menteri kabinet negeri yang lain antaranya Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, juga hadir.

Beberapa barisan menteri Kabinet persekutuan turut hadir antaranya Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. 

Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum
Sumber foto: The Borneo Post

Hidangan enak disajikan

Dalam masa yang sama, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Raya sambil menjamu pelbagai juadah Raya antaranya hidangan wajib sate, rendang dan lemang serta kuih muih. 

Premier Sarawak turut tampil mempersembahkan beberapa buah lagu pada rumah terbuka tersebut bagi menghiburkan pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka beliau. 

Lagi cerrita menarik untuk anda di sini:

Ada 23 Jenis Kek Lapis, Netizen Kagum Dengan Hidangan Raya Di Rumah Lelaki Ini
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini
Next Article Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?