• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini

Oleh
Nazihah AN
23 April 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini

Memang pening kepala nak basuh pinggan mangkuk lagi-lagi musim raya macam ni.

Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini. Bersihkan periuk dan pinggan mangkuk selepas digunakan adalah perkara yang penting untuk mengekalkan kebersihan dapur.

Isi Isi Penting
  • 1. Cuka Makanan Untuk Kesan Minyak
  • 2. Lemon Untuk Periuk Hangus
  • 3. Air Panas Untuk Hilangkan Kesan Minyak Yang Melekat Pada Kuali Besi
  • 4. Asam Keping Untuk Kesan Karat

Terutama semasa musim perayaan seperti Raya, di mana banyak periuk dan pinggan mangkuk digunakan untuk menyediakan juadah yang sedap dan lazat. Tetapi, kadangkala periuk dan pinggan mangkuk yang digunakan boleh menjadi sukar untuk dibersihkan apabila terdapat minyak, hangus atau karat.

Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini

Penat nak sental pinggan mangkuk? Boleh guna tips ini

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda membersihkan periuk dan pinggan mangkuk yang sukar dibersihkan:

1. Cuka Makanan Untuk Kesan Minyak

Pinggan mangkuk yang berminyak kadang-kadang boleh menjadi sukar untuk dibersihkan, terutama jika minyak tersebut telah berkerak atau melekat dengan kuat pada permukaan pinggan.

Satu cara yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan cuka makanan. Cuka makanan sebenarnya mempunyai banyak kegunaan selain untuk tujuan memasak dan penggunaannya dapat membantu menghilangkan minyak pada pinggan mangkuk. Ini caranya:

  • Titiskan cuka ke atas span pencuci pinggan dan kemudian sental permukaan kuali, atau pinggan mangkuk yang berminyak. Kemudian, cuci menggunakan sabun basuh pinggan biasa dan bilas.
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini

2. Lemon Untuk Periuk Hangus

Satu cara untuk membersihkan periuk yang hangus adalah dengan menggunakan lemon. Lemon mengandungi asid sitrik yang dapat membantu membersihkan lapisan hangus pada permukaan periuk.

Ini caranya:

  • Ambil sebiji lemon, hiris nipis dan masukkan ke dalam periuk sekali dengan garam dan sedikit air. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian, sental dan cuci seperti biasa.

3. Air Panas Untuk Hilangkan Kesan Minyak Yang Melekat Pada Kuali Besi

Rendamkan dahulu pinggan/ kuali yang berminyak ke dalam air panas. Lagi lama rendam lagi cepat kesan berminyak akan tertanggal.

Selepas beberapa ketika, barulah anda boleh cuci pinggan mangkuk dengan sabun dan bilas dengan air seperti biasa. Ini caranya:

  • Hanya rendamkan pinggan mangkuk yang berminyak dalam air panas atau tuangkan air panas ke dalam pinggan mangkuk tersebut dan biarkan selama beberapa minit.
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini

4. Asam Keping Untuk Kesan Karat

Jika anda menghadapi masalah periuk yang berkarat, asam keping boleh menjadi kaedah yang efektif untuk membersihkan kesan karat tersebut. Berikut adalah kaedah penggunaan asam keping:

  • Rebuskan 8 asam keping dalam periuk yang besar sebab senang nanti nak rendam.
  • Didihkan air asam keping sehingga mendidih, dan kemudian, masukkan periuk yang berkarat dan rendamkan selama 4 hingga 5 minit.
  • Kemudian, angkat periuk dan biarkan ia sejuk dahulu.
  • Sental dengan sabun basuh pinggan dan berus dawai.
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini

Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam membersihkan periuk dan pinggan mangkuk, jangan risau. Anda boleh mencuba tips-tips yang telah kami berikan di atas dan dengan sedikit usaha, dapur anda pasti akan bersih dan kemas seperti baru.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Lebih 13K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Pedas ‘Smiling Fish’ Dengan Terung Asam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada 23 Jenis Kek Lapis, Netizen Kagum Dengan Hidangan Raya Di Rumah Lelaki Ini
Next Article Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?