• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Superman Atas Jalan, Kini Tidak Merasa Aman Kerana Boleh Dipenjara Dan Didenda

Oleh
ILB - AI
30 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lakukan aksi ’superman’ mendatangkan mudarat kepada si pelaku dan pengguna jalanraya yang lain juga

Superman Atas Jalan, Kini Tidak Merasa Aman Kerana Boleh Dipenjara Dan Didenda. Jiwa muda kata mereka. Kalau boleh semua aksi mahu dicuba. Nanti sudah terlibat dalam kemalangan, yang terseksa pula keluarga. Tetapi, masih juga tidak ada yang serik-serik.

Kalau tindakan merbahaya seperti melakukan aksi ‘superman’ ini hanya mendatangkan mudarat kepada si pelaku sahaja mungkin hal ini tidak menjadi keresahan orang ramai. Namun, ianya boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna jalanraya yang lain juga.

Superman Atas Jalan, Kini Tidak Merasa Aman Kerana Boleh Dipenjara Dan Didenda
Superman Atas Jalan, Kini Tidak Merasa Aman Kerana Boleh Dipenjara Dan Didenda. Sumber gambar: Utusan Malaysia

Pelaku boleh dipenjara 5 tahun, denda sehingga RM15,000 dan tidak boleh memiliki lesen selama 5 tahun juga

Penunggang motorsikal yang membuat aksi lagak superhero superman ini sepertinya sudah menjadi sajian mata kita. Kebanyakkan pelakunya pula adalah anak yang beranjak dewasa. Mungkin dulu masih boleh merasa senang.

Tetapi, kesalahan yang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan ini boleh mengakibatkan mereka dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tidak melebihi 5 tahun.

Superman Atas Jalan, Kini Tidak Merasa Aman Kerana Boleh Dipenjara Dan Didenda
Sumber gambar: Berita Harian

Bahkan juga, mereka turut didenda sebanyak tidka kurang daripada RM5,000 sehingga tidak melebihi RM15,000. Bukan itu sahaja, pesalah dalam disabitkan di bawah seksyen ini juga akan kehilangan kelayakan untuk memiliki atau mendapatkan lesen memandu selama 5 tahun daripada tarik sabitan.

Satu kesalahan yang dilakukan atas dasar suka-suka sekarang, kalau didapati bersalah boleh mengakibatkan 5 tahun masa terbuang begitu sahaja. Malah, jumlah wang yang besar nilainya juga akan terbazir untuk membayar denda sahaja. Jadi, fikir-fikirlah anak muda sebelum bertindak.

Banyak kemalangan sudah terjadi akibat kecuaian dan kemalangan ini juga melibatkan penunggang motorsikal. Antaranya:

Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Sebuah Lori Di Kuching
SUMBER :Utusan MalaysiaBerita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lakukan Kajian Ke Atas Lebah, Saintis Dapati Lebah Boleh Bermain Bola Sepak Lakukan Kajian Ke Atas Lebah, Saintis Dapati Lebah Boleh Bermain Bola Sepak
Next Article Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?