• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suri Rumah Dari Sibu Berputih Mata, Rugi RM860K Ditipu Skim Pelaburan Dalam Talian

Oleh
Aina Musa
14 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Suri Rumah Dari Sibu Berputih Mata, Rugi RM860K Ditipu Skim Pelaburan Dalam Talian

Padah terpedaya sindiket pelaburan dalam talian

Suri Rumah Dari Sibu Berputih Mata, Rugi RM860K Ditipu Skim Pelaburan Dalam Talian. Seorang suri rumah di Sibu berputih mata apabila wang miliknya berjumlah RM860,000 lesap akibat penipuan pelaburan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, mangsa berumur lewat 40-an itu tertarik dengan pelaburan wang yang diiklan melalui Facebook pada Oktober 2023.

Suri Rumah Dari Sibu Berputih Mata, Rugi RM860K Ditipu Skim Pelaburan Dalam Talian. Sumber: Suara Sarawak

Katanya, mangsa kemudiannya menekan pautan Whatsapp pada iklan tersebut sebelum berurusan dengan wanita dikenali sebagai Susan yang menerangkan mangsa akan pelaburan berasaskan pembelian saham dengan keuntungan 31 peratus.

“Mangsa dikehendaki memuat turun satu aplikasi pelaburan yang diberikan suspek dan mangsa juga perlu hadir kelas pelaburan yang diadakan setiap pagi hari Isnin hingga Jumaat melalui pautan video yang diberikan dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

“Mangsa telah melakukan 16 transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah lebih kurang RM918,000 ke enam akaun bank atas nama syarikat berbeza pada November 2023 hingga Januari 2024 untuk membuat pelaburan melalui aplikasi PFG PRO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, mangsa hanya memperolehi keuntungan sebanyak RM54,000 sahaja sepanjang menyertai pelaburan tersebut dan hanya menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang keuntungan melalui aplikasi PFG PRO dan nombor telefon turut disekat oleh suspek.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca lagi artikel menarik:

Miliki Pornografi Kanak-Kanak, Pedofilia Dikehendaki Di Dunia Dipenjara 40 Tahun
Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semua Aktiviti Di Taman Negara Santubong Adalah Tidak Dibenarkan Sepanjang Musim Tengkujuh
Next Article Kenali Black Bean Coffee, Starbucks Tempatan Kuching Yang Original Kenali Black Bean Coffee, Starbucks Tempatan Kuching Yang Original

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?