• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Pornografi Kanak-Kanak, Pedofilia Dikehendaki Di Dunia Dipenjara 40 Tahun

Oleh
Aina Musa
13 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Miliki Pornografi Kanak-Kanak, Pedofilia Dikehendaki Di Dunia Dipenjara 40 Tahun

Suspek berasal dari Lundu, Sarawak

Seorang pedofilia telah dihukum penjara selama 40 tahun dan 21 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuching selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menghasilkan dan menyediakan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video dan gambar menggunakan telefon bimbitnya.

Aladdin Lanim, 43 tahun, dari Lundu telah membuat pengakuan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Iris Awen Jon yang menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan 10 sebatan, penjara lima tahun dengan tiga sebatan, penjara 13 tahun dengan lapan sebatan, masing-masing bagi pertuduhan pertama hingga ketiga.

Iris juga memerintahkan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Aladdin untuk dijalankan secara berturutan bermula semalam.

Miliki Pornografi Kanak-Kanak, Pedofilia Dikehendaki Di Dunia Dipenjara 40 Tahun. Sumber: Borneo Post

Setakat ini, difahamkan Aladdin masih menjalani hukuman penjara di mana dia hanya akan dibebaskan pada tahun 2032 atas beberapa kesalahan seksual yang berbeza, juga melibatkan kanak-kanak.

Bagi pertuduhan pertama, Aladdin didakwa menghasilkan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video dan gambar dengan telefon bimbitnya mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berdasarkan pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta yang sama kerana menyediakan bahan lucah kanak-kanak dengan telefon bimbitnya.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa mengikut Seksyen 7 Akta tersebut kerana menggunakan budak lelaki berusia 13 tahun dalam penyediaan dan penghasilan pornografi yang dimaksudkan.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di sebuah kuarters di Biawak antara 13 Ogos 2018 dan 6 Disember 2020.

Berdasarkan fakta kes, pada 5 Julai 2021, polis menyerbu kuarters tersebut dan menahan Aladdin selepas mendapati telefon bimbitnya mengandungi sejumlah video lucah kanak-kanak dalam bentuk video dan gambar.

Siasatan mendapati gambar dan video itu dihasilkan sendiri oleh Aladdin yang pernah menggunakan mangsa dalam penghasilan bahan-bahan tersebut.

Dalam melakukan jenayah ini, Aladdin telah memberikan mangsa satu lagi telefon bimbit supaya dia boleh bermain ‘permainan,’ sementara tertuduh merakam video dan mengambil gambar dirinya menghisap alat sulit kanak-kanak tersebut.

Memandangkan tertuduh menggunakan mangsa untuk penghasilan bahan lucah, dia turut membuatkan adik mangsa yang ketika itu berusia sembilan tahun menyaksikan perbuatan tersebut.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, terdapat sebanyak 7,371 gambar dan 2,541 video yang melibatkan mangsa dan beberapa kanak-kanak yang lain.

Aladdin juga akan didakwa semula di Kompleks Mahkamah Kuching bagi kes serupa yang melibatkan mangsa di bawah umur yang lain.

Kes disiasat oleh Sarjan Rahim Landarian.

Sementara itu, menurut satu laporan artikel dari The Sydney Morning Herald, penyiasat dari Polis Persekutuan Australia (AFP), Polis Queensland dan Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Australia (AUSTRAC) menyenaraikan alias dalam talian Aladdin sebagai salah satu daripada 10 pesalah teratas di dunia dalam eksploitasi kanak-kanak melalui Internet pada tahun 2019.

Pada tahun 2020, anggota AFP dalam pasukan petugas khas pengecaman mangsa kanak-kanak Polis Queensland, Argos, terjumpa imej media sosial Aladdin.

“Selepas menghantar gambar itu ke Malaysia, pegawai AFP di Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia serta penyiasat Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat kemudian bergegas untuk menamakan gambar itu, menyedari bahawa lebih ramai kanak-kanak berada dalam bahaya penderaan seksual semakin lama pencarian diteruskan,” menurut artikel berkenaan.

Baca lagi artikel menarik:

Remaja 19 Tahun Mengaku Rogol Teman Wanita 12 Tahun Di Flat Matang
Polis Buru Suspek Rogol Remaja 15 Tahun Di Bau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Dolphin Rare ‘Empesut’ Dan Mengapa Ia Haiwan Terlindung Sepenuhnya Di Sarawak Kenali Dolphin Rare ‘Empesut’ Dan Mengapa Ia Haiwan Terlindung Sepenuhnya Di Sarawak
Next Article The Reef, Restoran Seafood Yang Cosy Di Kuching The Reef, Restoran Seafood Yang Cosy Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?