• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Surirumah Dari Lahad Datu Menang 100K USD Rancangan Realiti TV Amerika

Oleh
Farisha
12 Disember 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Bermula sebagai hobi, kini pemenang dalam rancangan Christmas Cookies Challenge di Amerika Syarikat

Surirumah Dari Lahad Datu Menang 100K USD Rancangan Realiti TV Amerika. Seorang suri rumah kelahiran Lahad Datu, Sabah, telah mencipta kejayaan luar biasa apabila memenangi cabaran mingguan dalam rancangan Christmas Cookie Challenge yang disiarkan di saluran Food Network, Amerika Syarikat.

Janet Tan, yang kini menetap di Seattle, Washington bersama suami dan dua anak perempuannya, telah menjadikan minatnya dalam pembuatan dan penghiasan biskut sebagai satu pencapaian membanggakan.

Surirumah Dari Lahad Datu Menang 100K USD Rancangan Realiti TV Amerika
Surirumah Dari Lahad Datu Menang 100K USD Rancangan Realiti TV Amerika

“Saya tidak menyangka hobi biasa ini mampu membawa saya ke tahap ini,” kata Tan ketika menurut laporan media tempatan.

Perjalanan dari Hobi ke Kejayaan

Tan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2013 untuk menyokong kerjaya suaminya. Walau bagaimanapun, kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa di negara asing menghadirkan cabaran tersendiri.

“Walaupun saya menghargai peluang menjadi ibu sepenuh masa, saya mula berasa bosan kerana tidak bekerja dan tiada teman untuk berinteraksi. Saya memerlukan sesuatu untuk mengisi masa,” jelas Tan.

Minatnya terhadap seni penghiasan biskut tercetus setelah menonton video di YouTube. Dia terinspirasi untuk menyediakan biskut yang cantik dan unik untuk majlis ulang tahun anak-anaknya. Namun, perjalanan itu tidak mudah.

“Pada mulanya, saya bahkan tidak tahu menyesuaikan suhu Fahrenheit di ketuhar. Malah, ramai rakan terkejut kerana saya tidak pernah menunjukkan bakat seni sebelum ini,” tambahnya.

Menjadikan Bisnes Sebagai Realiti

Pada tahun 2020, ketika pandemik Covid-19 melanda, Tan mengambil langkah besar dengan menjadikan minatnya sebagai perniagaan sebenar.

“Kami memutuskan untuk mengubah hobi ini menjadi perniagaan yang serius semasa lockdown. Proses mendapatkan lesen perniagaan di Amerika Syarikat sangat ketat dan kompleks berbanding di Malaysia,” jelas Tan.

Perniagaan Tan, Fairyland Pastry, secara rasmi dilancarkan pada tahun 2020. Selepas pandemik berakhir, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai kakitangan lapangan syarikat penerbangan dan memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaannya.

Pengalaman di Food Network

Dalam episod bertajuk “Santa’s Seaside Holiday”, Tan bersaing dengan empat pembuat biskut lain dalam dua pusingan. Pusingan pertama bertemakan “Under the Sea,” sementara pusingan kedua mencabar kreativiti peserta untuk menghasilkan istana pasir Krismas 3D yang dihiasi “pasir” daripada biskut hancur.

Tan menghadapi cabaran apabila diminta menggunakan kelapa sebagai bahan utama. Mengambil inspirasi daripada kuih tradisional onde-onde, beliau memarut kelapa dan memasukkannya ke dalam doh.

Walaupun tidak dapat menghasilkan rasa tradisional sebenar tanpa pati pandan, hasil biskutnya berjaya memikat hati para juri dan meraih kemenangan.

Rahsia Kemenangan dan Masa Depan

Pengalaman bertanding di rancangan tersebut memberikan kenangan manis buat Tan.

“Pengalaman terbaik adalah bertemu peserta lain dan berseronok dengan seni kami,” katanya.

Menariknya, keputusan kemenangan ini perlu dirahsiakan selama beberapa bulan sehingga siaran episod pada 5 Disember lalu.

“Hanya suami dan anak-anak saya yang tahu keputusan ini. Mujur mereka pandai menjaga rahsia,” katanya sambil tersenyum.

Dengan hadiah wang tunai sebanyak AS$10,000 (kira-kira RM44,330), Tan berkata beliau masih belum membuat perancangan besar seperti membuka kedai sendiri.

“Ia adalah tugas besar yang memerlukan kos dan usaha yang banyak. Saya masih selesa bekerja dari rumah buat masa ini,” jelasnya.

Namun, Tan menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia selepas hampir tujuh tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air.

“Saya harap dapat pulang selewat-lewatnya musim panas tahun depan. Jika tidak, saya mungkin akan pulang sendiri tanpa keluarga,” katanya berseloroh.

Kejayaan Janet Tan menjadi bukti bahawa usaha, minat, dan ketekunan mampu membawa seseorang ke peringkat antarabangsa, walau dari mana asalnya. Kisahnya bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga menunjukkan bahawa bakat boleh berkembang di mana sahaja jika diberi peluang.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kemenangan atau kejayaan anak Borneo:

Chef Berasal Dari Kuching Jadi Anak Sarawak Pertama Terima Bintang Michelin
Kenali Remy Hii, Anak Sabah Yang Pernah Berganding Dengan Tom Holland Dalam Filem Spiderman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patung Buddha Gergasi Di Sarawak Ini Bakal Jadi Patung Tertinggi Di Malaysia Patung Buddha Gergasi Di Sarawak Ini Bakal Jadi Patung Tertinggi Di Malaysia
Next Article Tonjol Identiti Sarawak, ZUS Coffee Lancar Tumbler Edisi Terhad Corak Pua Kumbu Tonjol Identiti Sarawak, ZUS Coffee Lancar Tumbler Edisi Terhad Corak Pua Kumbu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?