Adakah anda peminat kopi yang juga menghargai seni tradisional Malaysia?
Jika ya, ZUS Coffee mempunyai sesuatu yang istimewa untuk anda! Memperkenalkan koleksi tumbler edisi terhad salah-satunya dengan corak Pua Kumbu, seni tenunan tradisional masyarakat Iban dari Sarawak.
Tonjol Identiti Sarawak, ZUS Coffee Lancar Tumbler Edisi Terhad Corak Pua Kumbu. Koleksi Corak Malaysia ini menampilkan tiga rekaan eksklusif: Malaysiaku, Bunga Tabur, dan yang paling istimewa, Pua Kumbu.

Seriouslah, Zus Coffee buat tumbler dengan corak Pua Kumbu?
Rekaan Pua Kumbu, yang diilhamkan daripada seni tenunan tradisional masyarakat Iban di Sarawak, kini boleh ditempah secara pra-pesanan. Motif ini melambangkan kehalusan seni dan warisan budaya yang mendalam, menjadikannya pilihan istimewa bagi mereka yang menghargai tradisi tempatan.
Setiap tumbler berkapasiti 500ml direka untuk mengekalkan suhu minuman panas atau sejuk, sesuai untuk gaya hidup moden yang sibuk. Anda boleh membuat pesanan melalui aplikasi ZUS Coffee dan menikmati kemudahan penghantaran terus ke lokasi pilihan anda.
Untuk menambah nilai pembelian anda, gunakan kod rujukan di bawah ini semasa membuat pesanan melalui aplikasi ZUS Coffee. Ini membolehkan anda menikmati ganjaran eksklusif dan promosi istimewa daripada ZUS Coffee.
Klik untuk gunakan kod di bawah:
Rekaan ini mendapat pujian meluas daripada netizen yang teruja dengan keunikan dan keindahan corak tersebut:



Selain reka bentuk yang menarik, memiliki tumbler ZUS Coffee juga memberikan kelebihan tambahan. Melalui program “Bring-Your-ZUS-Tumbler” (BYZT), pelanggan yang menggunakan tumbler ZUS untuk pembelian minuman melalui aplikasi ZUS Coffee akan menikmati diskaun 10% bagi setiap minuman. Diskaun ini boleh digunakan sehingga dua kali sehari.
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki tumbler edisi terhad dengan corak Pua Kumbu yang unik ini. Tempah sekarang dan raikan warisan budaya Malaysia dalam setiap hirupan kopi anda!

