• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Oleh
Ismail NA
3 November 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Nak Tidur Mana Kat Mukah? Jangan Risau! Homestay Kan Ada.

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi. Mukah merupakan sebuah kawasan petempatan yang majoritinya adalah kaum Melanau. Namun, tahukah anda bahawa bahagian Mukah itu sendiri besar dan tidak terhad kepada bandar Mukah sahaja? Kalau diikutkan, terdapat daerah-daerah lain di Mukah yang mengambil masa selama beberapa jam perjalanan menggunakan kenderaan atau kalau nak cepat, guna bot ekspres.

Persoalan utamanya pula kalau dah sampai ke sana, nak tidur kat mana? Okay geng, sebenarnya banyak homestay yang telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Tinggal rajin tak rajin saja nak cari. Nah, inilah senarai hidden homestay yang best di Mukah.

1. Lavendar Homestay, Mukah

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Bagi mereka yang masih mencari tempat bermalam yang dekat dengan pantai dan pusat bandar, Homestay Lavender Mukah adalah pilihan yang tidak akan mengecewakan. Dengan empat bilik tidur yang luas – satu bilik dengan katil king dan tiga bilik dengan katil queen – homestay ini sesuai untuk pelbagai jenis pengunjung, dari keluarga hingga kumpulan pemancing.

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Terletak hanya lima minit dari Pantai Kaul dan pusat bandar Mukah, Homestay Lavender menawarkan akses mudah ke tarikan utama kawasan ini. Pengunjung juga akan menikmati keselesaan rumah dengan kemudahan seperti dapur yang lengkap untuk memasak, aircond, WIFI, dan TV. Fasilitas lain termasuk mesin basuh, pengering, freezer, dan periuk nasi, semuanya disediakan untuk memastikan pengalaman penginapan yang menyenangkan dan tanpa kesulitan.

Bagi anda berminat untuk mencari tempat yang dekat dengan pantai, Lavendar Homestay merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai inap desa ini di FB Lavendar Homestay Mukah.

2. Homestay Kak Manis, Daro

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Kalau anda bercadang untuk singgah di daerah Daro, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk bermalam di Homestay Kak Manis. Homestay ini terletak betul-betul di tepi jalan menuju ke Feri Kampung Badong, Daro.

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Ia menyediakan penginapan berkonsepkan dormitory dengan kelengkapan asas seperti katil dan bilik mandi. Selain itu, pemilik homestay ini juga merupakan penjual paling laris makanan tradisi kaum Melanau iaitu pipus a.k.a otak-otak Sarawak. Kalau bab makanan, anda tidak perlu risau kerana kawasan homestay ini berhampiran dengan kedai makan penduduk tempatan. Nak pergi ke Sugar Bun di Pekan Daro pun ambil masa 5 minit sahaja.

3. Pedada Homestay, Mukah

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Pedada Homestay merupakan sebuah homestay yang telah beroperasi sejak 2014. Homestay yang terletak di Taman Tanjung Pedada di seberang Sungai Batang Mukah ini boleh dikunjungi dengan menggunakan sampan atau bot dari Pasar Basah Mukah. Suasana homestay ini pastinya digemari oleh penggemar alam hijau kerana ia dikelilingi dengan hutan paya bakau dan pokok pedada. Jika anda merupakan seorang jurufoto, tempat sekitar homestay ini tentunya membuatkan anda jatuh cinta kerana scenery nya yang cantik dan sesuai dijadikan latar untuk sesi fotografi anda.

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Penginapan anda di sini pasti menjadi suatu pengalaman yang bermakna kerana anda akan ditemani oleh pemilik homestay sambil merasai pelbagai aktiviti kampung serta diajar masakan makanan penduduk tempatan seperti umai ikan. Sllrpp, nyaman ya! Jika anda bercadang untuk ke sini, anda boleh search FB Pedada Homestay Mukah.

4. Petanak Beach Chalet & Cafe, Jalan Mukah-Oya

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Petanak Beach Chalet & Cafe ini pula sesuai untuk pengunjung yang suka akan suasana pantai yang indah. Homestay ini turut mengetengahkan konsep chalet dengan binaan yang berasaskan kayu. Selain daripada melakukan aktiviti pantai, anda juga boleh bersantai di halaman homestay anda dengan aktiviti seperti memanggang dan beriadah.

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Bersebelahan homestay nya pula, terdapat kafe yang menghidangkan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan tradisional masyarakat Melanau. Eii, dah berkunjung ke kawasan majoriti Melanau, rugilah tak rasa makanannya sekali kan? Homestay ini mempunyai keluasan yang agak besar, jadi kalau anda berhasrat nak bawa sekampung bercuti di sini pun, takdehal lah. Nak tahu lebih lagi? Boleh cuba cari FB Petanak Beach Chalet & Cafe.

Kan senang nak cari tempat tidur kat Mukah. Jangan lupa like dan share post ini dan tag kawan-kawan anda yang tengah plan nak pergi ke Mukah.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Ini Senarai Bilik Hotel Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu
Nikmati Pengalaman Bermalam Di Culvert View Kundasang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Restoran 24 Jam Di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam 4 Restoran 24 Jam Di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Next Article Wanita Ini Kongsi Detik Penuh Debar Di Airport Kuching Tarik Perhatian Netizen Wanita Ini Kongsi Detik Penuh Debar Di Airport Kuching Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?