• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Setuju Dengan Tindakan KKM, Ahli Parlimen Bintulu Ingatkan KJ Jangan Ugut Rakyat Ambil Dos Penggalak

Oleh
Husna Hazmi
4 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

“Janganlah kita ugut, nanti rakyat ugut kita balik”- Tiong King Sing.

Tak Setuju Dengan Tindakan KKM, Ahli Parlimen Bintulu Ingatkan KJ Jangan Ugut Rakyat Ambil Dos Penggalak. Dilaporkan bahawa, ahli perlimen Bintulu semalam telah mengingatkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar tidak menggunakan ugutan kepada rakyat dalam isu pengambilan dos penggalak khususnya membabitkan penerima vaksin Sinovac.

Tak Setuju Dengan Tindakan KKM, Ahli Parlimen Bintulu Ingatkan KJ Jangan Ugut Rakyat Ambil Dos Penggalak
Tak Setuju Dengan Tindakan KKM, Ahli Parlimen Bintulu Ingatkan KJ Jangan Ugut Rakyat Ambil Dos Penggalak

Mengambil pendekatan mendidik rakyat berbanding membuat ugutan

Tiong King Sing yang merupakan GPS Bintulu juga berkata, selaku menteri yang bertanggungjawab dalam aspek kesihatan, Khairy Jamaluddin sepatutnya memilih untuk mengambil pendekatan mendidik rakyat berbanding membuat ugutan.

Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Tiong juga berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjadikan status vaksinasi mereka (penerima vaksin Sinovac) bertukar kepada tidak lengkap selepas 31 Mac ini sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

Beliau berkata sedemikian ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Tak Setuju Dengan Tindakan KKM, Ahli Parlimen Bintulu Ingatkan KJ Jangan Ugut Rakyat Ambil Dos Penggalak

“Saya minta KKM dan menteri fikirlah balik (tindakan untuk tukar status tidak lengkap) jika tidak mahu ambil dos penggalak.

“Janganlah kita ugut, nanti rakyat ugut kita balik.

Kenapa kita perlu ambil tindakan sebegini? Kita kena fikir juga nasib rakyat yang bimbang dengan keselamatan mereka dengan pengambilan dos penggalak ini,” katanya lagi.

Pada hari Rabu, KKM telahpun memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin Sinovac yang telah ditetapkan sehingga 31 Mac ini.

Khairy berkata, sekiranya golongan itu masih enggan mendapatkan dos penggalak selepas tarikh yang ditetapkan, status vaksinasi mereka akan bertukar kepada tidak lengkap.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport
Next Article Antonov An-225 Mriya, Pesawat Kargo Terbesar Dunia Kini Disahkan Musnah Antonov An-225 Mriya Di Ukraine, Pesawat Kargo Terbesar Dunia Kini Disahkan Musnah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?