• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular

Oleh
Farisha
11 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini antara 5 menu yang wajib ada semasa Hari Raya

Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular. Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan tradisi yang menjadi kebanggaan rakyatnya. Semasa kunjung mengunjungi rumah rakan-rakan dan keluarga bersama-sama semasa Hari Raya, kita akan melihat pelbagai jenis makanan yang dihidangkan.

Setiap isi rumah akan menyajikan hidangan mereka sendiri yang unik semasa perayaan, namun ada juga makanan yang kerap dihidangkan semasa Raya dan bersinonim dengan perayaan – yang jika tidak dihidangkan, anda boleh2 berasa agak ‘kosong’! Berikut adalah 5 menu popular yang selalunya dihidangkan semasa Raya!

Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular
Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular

1. Lemang

Antara menu paling popular, lemang merupakan sebuah hidangan yang diperbuat menggunakan beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh. Sebelum itu pula, buluh akan dilapik dengan daun pisang.

Lemang merupakan antara makanan tradisional yang masih popular sehingga ke hari ini dan sering dilihat dihidangkan semasa perayaan!

Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular
Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular. Kredit foto: ResearchGate

2. Kelupis

Kelupis merupakan antara hidangan yang mesti ada semasa hari raya di Sarawak! Selalunya, ia akan dimakan dengan daging hitang, rendang dan bermacam lagi!

Menggunakan beras pulut, ia akan dibungkus dalam daun palas dan direbus. Kelupis dapat bertahan selama 3 – 4 hari dan anda tidak perlu risau rasanya terjejas semasa tempoh itu!

Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular
Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular. Kredit foto: Portal Resipi Masakan Melayu

3. Kek Lapis Sarawak

Salah satu lagi menu unik Sarawak yang sentiasa ada dalam menu Hari Raya adalah kek lapis Sarawak! Dianggap sebagai trademark penduduk Sarawak, kek lapis bukan sahaja dihidangkan semasa Hari Raya malah untuk perayaan lain juga yang disambut di negeri Sarawak!

Kredit foto: Kuching, Sarawak

4. Rendang

Memang tak lengkaplah kalau tak ada rendang! Antara menu paling popular semasa Hari Raya, rendang paling baik dimakan bersama nasi himpit dan lemang!

Pelbagai jenis rendang boleh dihidangkan seperti rendang ayam, daging, ikan, dan sebagainya. Apa-apa pun jenisnya, rendang adalah menu tetap yang mesti ada semasa perayaan!

Kredit foto: Che Nom

5. Burasak

Di Sabah pula, terdapat satu jenis menu yang dianggap sebagai hidangan wajib semasa hari raya. Makanan ini digelar sebagai ‘burasak’ dan merupakan hidangan wajib hari raya bagi masyarakat Bugis yang tinggal di Sabah dan juga di Johor.

Biasanya dimakan dengan rendang, burasak dimasak menggunakan santan dan beras, kemudian dibungkus menggunakan daun pisang dan diikat serta direbus sehingga empat jam!

Kredit foto; Facebook

Hidangan-hidangan ini sudah sebati dengan budaya dan adat resam masyarakat Malaysia semasa menyambut ketibaan Hari Raya setiap tahun.

Lagi di sini:

Snek Hari Raya Terbaik Yang Wajib Anda Cuba
Tak Perlu Guna Oven, Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Raya Premium Guna 4 Bahan Sahaja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beraya Di Sarawak, Hun Haqeem Pertahan Tradisi Pakai Baju Melayu Seminggu
Next Article Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?