• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia

Oleh
Aina Musa
11 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia

Rendang mudah basi dan rosak? Baca tips ini

Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia. Rendang merupakan salah satu hidangan tradisional yang paling terkenal dan diminati setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Namun, rendang juga dikenal sebagai hidangan yang mudah basi dan sukar dijaga kesegarannya.

Oleh itu, untuk mengelakkan rendang dari mudah basi dan boleh tahan selama 3 bulan, Public Health Malaysia telah memberikan beberapa tips penting yang boleh diikuti oleh semua orang.

Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia
Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia. Kredit: Facebook

Ini antara rahsianya!

Menurut hantaran di Facebook rasminya, PHM berkata, hidangan rendang sebaiknya dimasak hingga kering kerana kelembapan adalah sumber pertumbuhan bakteria.

Selepas dimasak kering, rendang tersebut boleh dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Rahsia Simpan Rendang Tahan Lama Hingga 3 Bulan, Ini Tips Dari Public Health Malaysia

“Rendang juga boleh dihidang dalam kuantiti sikit, elakkan hidang di dalam bekas besar dan mencedok dari bekas tersebut.

“Makanan juga selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimum selama empat jam. Selepas dari tempoh itu, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif,” katanya.

Selain itu, rendang boleh dipanaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata.

Boleh juga simpan dalam peti sejuk beku!

“Jika disimpan dalam peti sejuk beku, nyahbekukan dalam ketuhar gelombang mikro atau suhu bilik sebelum dihangatkan.

“Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti sejuk beku,” tambahnya.

Dalam pada itu katanya, rendang yang disimpan di dalam peti sejuk boleh bertahan selama tiga hari manakala hidangan yang disimpan di dalam peti beku boleh tahan selama tiga bulan.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/rahsia-bakar-kek-naik-dengan-cantik-ini-tips-untuk-beginner
Periuk Dan Pinggan Mangkuk Raya Di Rumah Kembali Bersih Seperti Baharu, Ketahui Tips Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Lengkap Kalau Tak Ada, Ini 5 Menu Hari Raya Yang Paling Popular
Next Article Rahsia Buat Kek Cantik Dan Tak Kecut, Ikuti Beberapa Langkah Mudah Ini! Rahsia Buat Kek Cantik Dan Tak Kecut, Ikuti Beberapa Langkah Mudah Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?