• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Pakai Helmet Dan Lawan Arus, Aksi ‘Berani Bencer’ Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Oleh
Ismail NA
4 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dahlah hari hujan, jalan licin, memang bahaya sangat!

Tak Pakai Helmet Dan Lawan Arus, Aksi ‘Berani Bencer’ Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen. Apakah kebaikan yang boleh anda perolehi daripada memandu atau menunggang kenderaan secara melawan arus? Sejujurnya, tiada. Ia adalah satu tindakan berisiko tinggi. Dalam kebanyakan kes, memang anda akan sampai ke destinasi dengan lebih cepat tetapi pemandu lain akan terjejas dan mungkin akan menyebabkan kemalangan.

Isi Isi Penting
  • Dahlah hari hujan, jalan licin, memang bahaya sangat!
  • Jalan licin yang menambahkan bahaya kepada pengguna
  • “#PDRMSarawak sila ambil tindakan” – Netizen
  • Rupanya buat hal kat tempat lain juga
  • Sebelum ini, kami juga pernah menerbitkan sebuah artikel di mana sebuah kancil didapati melawan arus di jalan Samarahan dan beberapa kejadian yang sama di Kuching:

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh FB Sarawak Roads Update, seorang penunggang motorsikal lelaki dilihat menunggang secara merbahaya di jalan dekat Pusat Perubatan Timberland, Kuching.

Tak Pakai Helmet Dan Lawan Arus, Aksi 'Berani Bencer' Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen
Tak Pakai Helmet Dan Lawan Arus, Aksi ‘Berani Bencer’ Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen. Sumber: FB Sarawak Roads Update

Penunggang motorsikal berkenaan dilihat membawa motorsikal secara melawan arus. Lebih membuatkan netizen seriau, lelaki berkenaan juga tidak memakai helmet.

Jalan licin yang menambahkan bahaya kepada pengguna

Apatah lagi, keadaan jalan raya pada ketika itu juga licin kerana keadaan cuaca hujan. Hal ini tentunya meningkatkan risiko kemalangan, bukan sahaja kepada penunggang motorsikal berkenaan, malah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Video rakaman tersebut berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya dan seterusnya dihebahkan di laman Facebook SRU yang sehingga kini terus mendapat perhatian daripada netizen.

Sikda helmet ✅ Lawan arus ✅Lokasi – depan TimberlandKredit Rahman. Tq brother

Posted by Sarawak Roads Update on Monday, July 4, 2022

“#PDRMSarawak sila ambil tindakan” – Netizen

Melihat kepada aksi ‘berani bencer’ lelaki berkenaan, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini yang mementingkan diri sendiri.

Kebanyakannya juga meluahkan rasa geram dan merasakan bahawa lelaki ini tidak layak untuk menunggang motorsikal di jalan besar.

Sumber: FB Sarawak Roads Update
Sumber: FB Sarawak Roads Update
Sumber: FB Sarawak Roads Update
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Rupanya buat hal kat tempat lain juga

Di ruangan komen, terdapat juga netizen yang mendakwa bahawa lelaki berkenaan juga turut membuat huru-hara trafik di beberapa tempat di Kuching hari ini.

Selain melawan arus dan tidak memakai helmet semasa menunggang motorsikal, lelaki berkenaan juga dikatakan melanggar lampu merah di dua lokasi iaitu di lampu isyarat St. Theresa dan simpang berhadapan Wisma Saberkas.

Kelakuan lelaki ini menyebabkan pengguna jalan raya yang lain terpaksa mengalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: FB Sarawak Roads Update
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Semakin hari, semakin menjadi-jadi pula kejadian lawan arus di Kuching dan Samarahan. Diharap pihak polis sentiasa memantau keadaan trafik bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku dengan lebih kerap.

Pandu cermat, jiwa selamat.

Sebelum ini, kami juga pernah menerbitkan sebuah artikel di mana sebuah kancil didapati melawan arus di jalan Samarahan dan beberapa kejadian yang sama di Kuching:

SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Nikmati Aneka Jenis Dim Sum Lazat Di Nu Er Hong Pullman Kuching
Next Article Tergamak Kelar Isteri Lepas Pantang Serta Bayi, Lelaki Larikan Diri Dalam Keadaan Berbogel

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?