Sampai Ada Yang Terbalik.
Tak Sampai Sehari, 12 Kemalangan Dilaporkan Di Kuching Akibat Jalan Licin. Sejak beberapa hari ini, keadaan cuaca terutamanya di Kuching agak mendung dan hujan sepanjang hari. Akibat keadaan hujan ini, keadaan jalan menjadi licin dan meningkatkan risiko kemalangan sekiranya anda tidak berhati-hati di jalan raya.
Menerusi laman Facebook Sarawak Road Updates, sebanyak 12 kemalangan telah dilaporkan berlaku di Kuching pada hari ini. Jumlah kemalangan yang agak luar biasa ini berlaku di pelbagai tempat di seluruh Kuching, termasuk Samarahan dan Batu 7.
Berikut merupakan senarai kemalangan yang berlaku sepanjang hari ini seperti yang dilaporkan oleh orang ramai ke laman Facebook itu.
1. Kemalangan kecil di bulatan DBKU Semariang

2. Kemalangan di bulatan Muara Tabuan/Samajaya

3. Kemalangan Jalan Kulas

4. Kemalangan Menuju Kedai Simpang Curry House Batu 7

5. Kemalangan di Jalan Stakan, Muara Tuang, Samarahan


6. Bulatan Padungan (berdekatan Balai Bomba Padungan)



7. Jalan Batu Lintang (selepas Waterboard)


8. Bulatan Taman Budaya (berhampiran Civic Centre)

9. Jalan Bukit Hantu (berdekatan simpang empat The Spring)

10. Jalan Bandar Baru Semariang menuju ke Bako



11. Jalan berhadapan Wisma Satok (selepas jejambat)

12. Jalan Menuju Giant Semariang

Kemalangan yang berlaku ini melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuklah kenderaan kecil, besar dan sederhana. Malah, kebanyakan yang berlaku menyebabkan kenderaan terbalik dan rosak teruk.
Keadaan ini adalah sesuatu yang janggal apatah lagi jumlah kemalangan hari ini melebihi 10 buah kemalangan.
Menerusi tinjauan di laman komen pula, rupa-rupanya terdapat 3 kemalangan yang berlaku di tempat yang sama hari ini iaitu berdekatan bulatan Taman Budaya.

Barangkali akibat situasi hujan yang tidak menentu, jalan-jalan akan menjadi licin. Keadaan ini pastinya lebih merbahaya untuk kenderaan yang sudah lama tidak bergerak dan mempunyai tayar yang kurang berbunga.
Kepada anda yang bakal memandu atau sedang memandu ketika ini, diharap sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Biar lambat asal selamat, gais.