• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara

Oleh
ILB - AI
5 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara

Beliau memaklumkan perkara tersebut pada sidang media khas sebentar tadi

PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memperkenalkan satu pakej yang dinamakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.

Isi Isi Penting
  • Beliau memaklumkan perkara tersebut pada sidang media khas sebentar tadi
  • Berita baik untuk pekerja ekonomi gig
  • Internet percuma sehingga 31 Disember 2020
  • Kerajaan juga akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah
  • Baca juga artikel lain :
PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara
PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara

40 inisiatif yang bernilai tersebut terdiri daripada RM10 billion yang disuntik secara fiskal oleh Kerajaan Malaysia.

RM 9 billion diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia yang dijangka memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi menangani pengangguran. Subsidi gaji yang diperkenalkan sebelum ini juga akan dilanjutkan lagi selama 3 bulan.

Berita baik untuk pekerja ekonomi gig

Kerajaan juga memperuntukkan dana sebanyak RM75 juta bagi membantu mereka yang bekerja di dalam kategori ‘ekonomi gig’. Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP.

Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

Kerajaan juga memperkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia. Elaun khas akan disediakan untuk majikan yang menggajikan penganggur.

300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.

Internet percuma sehingga 31 Disember 2020

Selain itu Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.

Kerajaan juga akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah

Antaranya adalah skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan. Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS. Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat

Secara keseluruhannya, 40 insentif ini diharap akan dapat membantu Malaysia untuk mengharungi fasa ‘recovery’ untuk bangkit kembali.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Servis Semakin ‘Ke Laut’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju
Next Article Tak Sampai Sehari, 12 Kemalangan Dilaporkan Di Kuching Akibat Jalan Licin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?