• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut

Oleh
ILB - AI
4 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Taman Negara Maludam,destinasi hutan paya gambut asli

Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut. Siapa kat sini minat dengan aktiviti “outdoor” menerokai alam semula jadi? Pasti ada kan dan mesti korang pun mencari destinasi baru dan lain dari yang lain juga kan.

Haaa…. Apa kata korang datang ke Taman Negara Maludam kerana destinasi ini merupakan destinasi yang terbaik untuk anda merasai pengalaman menerokai hutan paya gambut yang masih asli.

Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut
Sumber gambar: FB Maludam National Park

Monyet Belanda atau Proboscis Monkey jadi antara tarikan taman negara ini

Terletak di dalam bahagian pentadbiran Betong, daerah Maludam memiliki satu tarikan yang cukup menarik dengan keindahan alam semula jadinya. Menjadikan kawasan hutan paya gambut sebagai medium untuk tarikan pelancong, menjadikan Maludam sebagai destinasi yang wajib dikunjungi oleh orang tempatan mahupun pelancong luar negara.

Monyet Belanda atau Proboscis Monkey yang menjadi tarikan terkenal di Sarawak, bukan sahaja boleh didapati di Taman Negara Bako. Malah, di Taman Negara Maludam juga memberi kesempatan kepada pelancong untuk menyaksikan monyet ini di sekitar hutan tersebut.

Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut
Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut. Sumber gambar: FB Maludam National Park

Terokai hutan paya gambut dengan menyusuri sungai dengan “Boat Cruise”

Untuk menerokai hutan paya gambut di Maludam ini, pengangkutan yang digunakan cukup unik iaitu “Boat Cruise”. Para pelancong akan ditawarkan perkhidmatan untuk menyusuri sungai sambil menikmati keindahan hutan paya gambut ini secara dekat dan sekaligus melihat keindahan flora dan fauna yang ada.

Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut
Sumber gambar: FB Maludam National Park

Bukan sekadar menyusuri sungai selama 2 jam, pakej di dalam “Boat Cruise” yang bernilai RM180 ini juga termasuk dengan penyediaan set makanan untuk 4 orang pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini dan dinikmati di pangkalan jeti di tepi sungai. Unik bukan?

Beroperasi setiap hari dari 8 pagi sehingga 5 petang dengan yuran kemasukan yang berpatutan

Taman Negara Maludam ini beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dengan yuran kemasukan sebanyak RM10 untuk orang dewasa tempatan dan RM20 untuk pelancong asing. Manakala, untuk kanak-kanak pula adalah sebanyak RM3 dan RM7 untuk kanak-kanak tempatan dan kanak-kanak dari luar negara.

Taman Negara Maludam, Destinasi Wajib Dikunjungi Untuk Terokai Hutan Paya Gambut
Sumber gambar: FB Maludam National Park

Kalau tak dapat nak pergi sewaktu cuti sekolah, hujung minggu pun boleh ajak anak-anak mahupun melakukan aktiviti bersama keluarga untuk merokai hutan paya gambut yang menjadi salah satu hutan yang ada di Malaysia.

SUMBER :FB Maludam National Park
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nusantara Bakal Membawa Potensi Besar Untuk Pelancongan di Indonesia Dan Juga Malaysia Nusantara Bakal Membawa Potensi Besar Untuk Pelancongan di Indonesia Dan Juga Malaysia
Next Article Ingin Cari Ketenangan, Ini Cara 'Self-Healing' Yang Mudah Dipraktik Di Rumah Ingin Cari Ketenangan, Ini Cara ‘Self-Healing’ Yang Mudah Dipraktik Di Rumah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?