• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tambah Pendapatan Anda Dengan Menyertai Ejen Serahan Pos Laju Sekarang

Oleh
Ismail NA
9 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Permohonan menjadi Pos Rider kini dibuka.

Tambah Pendapatan Anda Dengan Menyertai Ejen Serahan Pos Laju Sekarang. Khidmat penghantaran barang kurier kini semakin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Maklumlah, musim PKP ni kan kebanyakan barangan lebih senang dan selamat dibeli melalui aplikasi mudah alih dalam talian. Hanya tekan beli dan barang akan sampai ke depan rumah anda dalam masa beberapa hari.

Isi Isi Penting
  • Permohonan menjadi Pos Rider kini dibuka.
  • Syarat kelayakan menjadi Pos Rider
  • Pastikan anda menggunakan alamat emel yang sah dan aktif
  • Baca juga artikel ini jika anda ingin menambah pendapatan sampingan;

Oleh itu, servis kurier nasional, Pos Laju Malaysia kini membuka permohonan untuk mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ejen serahan atau disebut sebagai Pos Rider. Permohonan ini terbuka kepada jawatan secara sepenuh masa dan separuh masa. Kalau anda mempunyai motosikal, kereta atau van, apa lagi? Manfaatkan kelebihan anda.

Tambah Pendapatan Anda Dengan Menyertai Ejen Serahan Pos Laju Sekarang
Tambah Pendapatan Anda Dengan Menyertai Ejen Serahan Pos Laju Sekarang

Syarat kelayakan menjadi Pos Rider

Untuk makluman anda, individu yang ingin menjadi Pos Rider untuk Pos Laju ini mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut;

1) Permohonan hanya dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

2) Permohonan dibuka untuk SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA

3) Wajib mempunyai Lesen Memandu Penuh (CDL). Lesen L&P Tidak Dibenarkan.

4) Bagi permohonan SEPENUH MASA VAN wajib mempunyai PANEL VAN, Lesen GDL dan SSM / Lesen Perniagaan (Sabah & Sarawak)

5) Bagi permohonan SEPENUH MASA MOTORSIKAL wajib mempunyai MOTORSIKAL, Lesen memandu PENUH B2 dan SSM / Lesen Perniagaan (Sabah & Sarawak)

6) Bagi permohonan SEPARUH MASA wajib mempunyai Lesen memandu CDL dan dibenarkan menggunakan kenderaan SELAIN daripada Panel Van bagi tempoh PKP ini sahaja. Untuk permohonan SEPARUH MASA ini hanya diperlukan pada tempoh tertentu sahaja dan hari bekerja adalah 6 hari seminggu.

7) Wajib menggunakan telefon pintar Android 7.0 ke atas dengan sokongan Google Play sahaja. iOS tidak boleh digunakan untuk aplikasi ini.

Untuk memohon menjadi Pos Rider, anda hendaklah mengisi borang melalui pautan yang telah disediakan di laman Facebook Pos Malaysia Berhad di sini : BORANG PERMOHONAN POS RIDER POS LAJU

Pastikan anda menggunakan alamat emel yang sah dan aktif

Sekiranya anda layak, anda akan dihubungi melalui emel. Oleh yang demikian, pastikan anda menggunakan alamat emel yang sah dan aktif.

Tempoh sah laku permohonan ini adalah selama 2 bulan atau 60 hari sahaja. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas selepas tempoh tersebut, bermakna permohonan anda tidak berjaya atau tiada kekosongan. Maklumat lanjut layari laman Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad.

Kalau tak cuba, mana tahu kan? Rezeki ada di mana-mana. Selamat maju jaya.

Baca juga artikel ini jika anda ingin menambah pendapatan sampingan;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama
Next Article Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?