• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan

Oleh
Husna Hazmi
9 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tindakan tidak berhati perut itu dilakukan di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud Sabah.

Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan. Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki membunuh seekor kucing yang tidak bersalah dengan memenggal kepala kucing tersebut membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 29 bulan di Mahkamah Majistret Kota Belud, Sabah semalam.

Tertuduh adalah Jeferi Suman berusia 32 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan
Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan. Gambar sebagai hiasan

Melakukan perbuatan kejam itu di hadapan anak-anak pengadu

Mengikut keterangan kes, tertuduh telah melakukan perbuatan kejam itu di Kmpung Timbang Dayang Kota Belud kira-kira jam 3 petang pada 3 Julai lalu di hadapan anak-anak pengadu yang juga pemilik kucing tersebut.

Berikutan kejadian itu, pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis kira-kira jam 3.35 petang pada keesokan harinya dan tertuduh telah ditahan pada 5 Julai yang lalu.

Kejadian itu turut mengakibatkan dua anak pengadu trauma selepas melihat di hadapan mata mereka sendiri tertuduh yang juga merupakan jiran mereka membunuh kucing peliharaan jiran itu menggunakan parang.

Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan
Gambar sebagai hiasan

Tertuduh juga merupakan seorang penagih dadah

Selain itu, turut didapati bahawa tertuduh juga merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Di dalam rayuan tetuduh, dia meminta agar hukuman penjaranya itu bermula daripada dia ditahan reman iaitu pada 5 Julai tahunh lalu dan Majistret Lovely Natasha Charles membenarkan rayuan tertuduh.

Walaubagaimanapun, tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Mohd U’kasyah Hashim.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tambah Pendapatan Anda Dengan Menyertai Ejen Serahan Pos Laju Sekarang
Next Article Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?