• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Oleh
Ismail NA
8 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Jumlah keseluruhan yang dimenanginya berjumlah RM 5,054,618.40.

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama. Seorang guru yang berasal dari Sarawak menerima durian runtuh apabila mendapat kemenangan melalui pertaruhan nombor Toto 4D yang bernilai 5 juta ringgit. Menurut guru yang berusia 41 tahun tersebut, beliau mempertaruhkan nombor plat kenderaan lamanya serta nombor pangkal kad pengenalannya untuk pertaruhan lumayan itu.

Isi Isi Penting
  • Jumlah keseluruhan yang dimenanginya berjumlah RM 5,054,618.40.
  • Kekal bekerja sebagai guru walaupun telah bergelar jutawan
  • RM 12 juta kemenangan turut dikongsi bersama 2 pemenang lain dari Negeri Sembilan dan Johor
  • Dapat inspirasi dari nombor penjual
  • Sebelum ini, seorang penjaja makanan dari Sarawak juga telah memenangi RM 26 juta menerusi pertaruhan Jacksport Toto :

Nombor 5777 dan 8135 adalah nombor bertuah yang dipertaruhkan oleh guru tersebut dengan harga belian hanya RM 2.

Walaupun tidak lagi menggunakan kenderaan tersebut, beliau berasa sangat beruntung apabila mengetahui pertaruhan nombor plat kenderaan lamanya mendatangkan tuah yang tidak disangka.

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama
Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Kekal bekerja sebagai guru walaupun telah bergelar jutawan

Tambah guru yang tidak didedahkan identiti ini, keluarganya berasa sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut dan berhasrat untuk menyimpan wang kemenangan tersebut untuk tujuan pendidikan anak-anaknya di masa hadapan.

Walaupun telah memenangi wang sebanyak RM 5 juta dan kini bergelar jutawan, guru tersebut memberitahu akan kekal dengan profesionnya sebagai seorang guru.

RM 12 juta kemenangan turut dikongsi bersama 2 pemenang lain dari Negeri Sembilan dan Johor

Selain guru ini, hadiah keseluruhan bernilai lebih RM 12 juta Toto 4D juga dikongsi bersama 2 lagi pemenang yang lain berasal dari Negeri Sembilan dan Johor.

Pemenang dari Negeri Sembilan mengakui hadiah kemenangan bernilai RM 5 juta yang turut dimenanginya adalah berkat rahmat dari Tuhan dan petanda bahawa Tuhan memberinya peluang kedua dalam kehidupan. Pemenang Negeri Sembilan yang berusia 45 tahun ini juga pernah menjalani pembedahan jantung 6 tahun lalu menggunakan wang pinjaman dan jatuh muflis setelah beliau berhenti bekerja.

Beliau juga berhasrat untuk mendermakan sebahagian wang kemenangan kepada badan kebajikan setelah dikeluarkan daripada senarai individu muflis.

Dapat inspirasi dari nombor penjual

Manakala pemenang dari Johor pula memperoleh wang kemenangan sebanyak RM 2 juta dan tambahan RM 336 melalui nombor telefon seorang penjual yang cuba menjual produk terhadapnya. Pada asalnya, beliau tidak berminat untuk membeli produk daripada penjual tersebut namun beliau terinspirasi untuk mempertaruhkan nombor penjual tersebut yang terpampang pada kertas promosi iaitu 2888 dan 5015.

Jutawan dari Johor ini juga dilaporkan akan membahagikan wang kemenangan kepada ahli keluarganya serta penjual tersebut.

#Disclaimer : Judi adalah haram untuk individu yang beragama Islam.

Sebelum ini, seorang penjaja makanan dari Sarawak juga telah memenangi RM 26 juta menerusi pertaruhan Jacksport Toto :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini
Next Article Tambah Pendapatan Anda Dengan Menyertai Ejen Serahan Pos Laju Sekarang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?