• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tambang Bas Henti Henti Di Sarawak Kini Hanya RM1 Untuk 1 Perjalanan

Oleh
ILB - AI
16 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Tambang Bas Henti Henti Di Sarawak Kini Hanya RM1 Untuk 1 Perjalanan

Pelaksanaan tambang kadar rata RM1 telah tertangguh

Tambang Bas Henti Henti Di Sarawak Kini Hanya RM1 Untuk 1 Perjalanan. Kementerian Pengangkutan Sarawak hari ini mengumumkan kadar rata tambang perkhidmatan awam bagi bas henti-henti di empat bandar utama di negeri ini kini ditetapkan pada RM1

Tambang Bas Henti Henti Di Sarawak Kini Hanya RM1 Untuk 1 Perjalanan
Tambang Bas Henti Henti Di Sarawak Kini Hanya RM1 Untuk 1 Perjalanan

Menurut Datuk Lee Kim Shin syarikat-syarikat bas di bandar raya Kuching dan Miri, bandar Sibu dan Sarikei yang diisytiharkan zon hijau dan kuning pandemik COVID-19 kini boleh beroperasi dengan kadar tambang RM1 itu.

Bermula daripada 18 Mei tiga syarikat bas di bandar raya Miri iaitu Miri City Bus Sdn Bhd, Miri Belait Transport Co. Bhd dan Miri Transport Co. Bhd akan memulaksan operasi dengan kadar tambang RM1 itu.

Tambang Bas Henti Henti Di Sarawak Kini Hanya RM1 Untuk 1 Perjalanan

“Pelaksanaan tambang kadar rata RM1 telah tertangguh berikutan pandemik COVID-19. Namun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri baru-baru ini telah memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat bas di zon hijau dan kuning meneruskan operasi mereka.

“Dengan kebenaran itu syarikat-syarikat bas di Miri, Sibu, Sarikei dan kini Kuching yang telah diisytiharkan sebagai zon kuning boleh memulakan operasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua syarikat bas yang ingin memulakan operasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan terdedah dengan penularan pandemik COVID-19 di samping memaklumkan jadual serta laluan kepada orang ramai melalui media massa.

Menurut Datuk Lee Kim Shin juga, kajian yang dibuat kementeriannya sebelum ini mendapati perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini merekodkan penurunan jumlah penumpang dan antara alasannya ialah persaingan sengit daripada perkhidmatan awam lain seperti van dan e-hailing.

“Bagi menangani cabaran dihadapi syarikat-syarikat bas dan membantu pengguna khususnya daripada kalangan kumpulan pendapatan rendah, Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengemukakan cadangan pelaksanaan tambang kadar rata RM1 di Sarawak,” jelasnya lagi

Cadangan itu merupakan manifestasi kerajaan negeri Sarawak untuk membantu syarikat-syarikat bas meningkatkan perkhidmatan dan menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada bas untuk memenuhi keperluan mobiliti mereka.

Kata Datuk Lee Kim Shin juga, objektif utama pelaksanaan itu adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam seperti bas selain memberi peluang kepada syarikat-syarikat bas meningkatkan perkhidmatan dan membantu mengurangkan kesesakan trafik di bandar negeri ini.

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Hari Berturut Turut Tanpa Kes Baharu, Hanya Tinggal 4 Zon Kuning Di Sarawak Setakat Ini 3 Hari Berturut Turut Tanpa Kes Baharu, Hanya Tinggal 4 Zon Kuning Di Sarawak Setakat Ini
Next Article Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?