• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tampal Ayat Al-Quran Atau Zikir Di Cermin Kereta, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Oleh
Nazihah AN
6 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Tampal Ayat Al-Quran Atau Zikir Di Cermin Kereta, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Ketahui apa hukumnya tampal ayat Al-Quran atau zikir

Tampal Ayat Al-Quran Atau Zikir Di Cermin Kereta, Ini Penjelasan Dr Zulkifli. Kereta merupakan kenderaan peribadi yang hampir setiap keluarga di Malaysia miliki. Ada segelintir pemilik kereta yang gemar menghias kenderaan mereka dengan pelbagai aksesori atau gajet agar tampak lebih menarik dan berbeza daripada yang lain.

Antara aksesori yang sering digunakan adalah pelekat yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran atau zikir pada cermin atau badan kenderaan.

Tampal Ayat Al-Quran Atau Zikir Di Cermin Kereta, Ini Penjelasan Dr Zulkifli
Gambar sekadar hiasan

Ini Penjelasan Dr Zulkifli apabila disoal mengenai hukum tersebut.

Namun, tindakan ini telah menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian dan hukum dari segi agama. Untuk memahami lebih lanjut, kita akan merujuk kepada penjelasan Mantan Menteri Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Soalan:

Assalamu’alaikum Dato’ Seri. Apakah hukum menampal ayat al-Quran atau zikir di cermin kereta?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberi. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Para ulama’ bersepakat bahawa adalah haram untuk menggantung ayat-ayat suci Al-Quran, zikir, atau kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW di rumah atau kedai dengan tujuan menolak bala, melariskan perniagaan, atau sebagai tangkal.

Sabda Rasulullah SAW: “مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ” Maksudnya: “Sesiapa yang menggantung sesuatu, nescaya dia akan diserahkan kepadanya (benda yang digantung)”.

  • Riwayat Al-Tirmizi (2072)

Al-Mulla ‘Ali Al-Qari menukilkan bahawa sesiapa yang menggantungkan sesuatu dengan kepercayaan ia mendatangkan manfaat atau menghalang kemudaratan, dia akan dibiarkan bersamanya. (Mirqah al-Mafatih, 7/2882)

Hukum Menampal Ayat Al-Quran Pada Kenderaan

Tiada arahan atau larangan khusus tentang perkara ini, namun jika seseorang ingin melekatkan ayat Al-Quran atau pelekat berunsur agama dengan niat yang betul seperti berdakwah, ia dibenarkan. Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr R.A menyatakan: “بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً” Maksudnya: “Sampaikanlah daripada aku walau hanya satu ayat.”

  • Riwayat al-Bukhari (3461)

Jika niat menampal ayat Al-Quran untuk menunjuk-nunjuk atau sebagai tangkal, maka ia dilarang. Syeikh Abdul Aziz bin Baz menjelaskan bahawa jika niatnya untuk memperingatkan atau mengajar, ia dibenarkan. Tetapi jika dengan kepercayaan ia melindungi daripada syaitan atau jin, ia tidak dibenarkan. Meletakkan Al-Quran dalam kereta untuk dibaca adalah baik, tetapi sebagai pelindung tidak dibenarkan. (Fatawa Islamiyyah, 4/29)

Panduan Melekat Pelekat Ayat Al-Quran Pada Kenderaan:

  1. Letakkan terjemahan bersama ayat Al-Quran atau hadith untuk tujuan dakwah.
  2. Letakkan pada tempat yang mulia pada kenderaan.
  3. Jangan meletakkan perkataan yang menghina agama lain.
  4. Jangan terlalu banyak sehingga mengganggu penglihatan pemandu.
  5. Jangan letak pada tempat yang rendah dan terdedah kepada kotoran atau najis.

Menampal ayat Al-Quran atau zikir dengan niat memberi peringatan atau berdakwah dibenarkan jika dilakukan dengan sopan. Namun, jika niatnya sebagai tangkal atau pelindung, atau berisiko kurang penghormatan terhadap ayat-ayat suci, ia tidak dibenarkan dan dianggap membawa kepada syirik. Lebih baik mengehadkan tampalan kepada zikir atau nasihat yang bermanfaat. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian. Amin.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Terjemahan Al-Quran Pertama Dalam Bahasa Dusun Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini
Miliki Pengikut TikTok Paling Ramai Di Dunia, Khaby Lame Rupanya Seorang Hafiz Al-Quran

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertama Di Malaysia, Borneo Cultures Museum Anjur Pameran GAIA Hingga September 2024 Pertama Di Malaysia, Borneo Cultures Museum Anjur Pameran GAIA Hingga September 2024
Next Article Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?