Serangan mengejut, wanita dicedera sekumpulan memerang ketika bersenam waktu pagi
Wanita Cedera Diserang Memerang Semasa Berjoging Di Tanjung Aru Sabah. Pada pagi ini, satu insiden telah berlaku di Tanjung Aru di mana seorang wanita telah cedera akibat serangan sekumpulan memerang semasa beliau sedang bersenam.
Ketika itu, mangsa bersama dua orang kawannya sedang berjoging apabila tiba-tiba diserang oleh sekumpulan memerang dari arah belakang mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sabah Info, mangsa dan rakan-rakannya tidak melakukan sebarang provokasi terhadap haiwan-haiwan tersebut.
Mangsa yang mengalami luka di bahagian kepala, tangan dan kaki kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I.

