• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak

Oleh
Ismail NA
19 Ogos 2022
Kongsi
7 Min Bacaan
Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak

Bukan Untuk Pameran Semata-Mata

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak. Masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak sememangnya berbangga dengan adat dan tradisi nenek moyang mereka. Jika anda lihat masyarakat ini di perantauan, pasti anda akan mengenali mereka secara automatik berdasarkan cacahan pada tubuh badan mereka.

Isi Isi Penting
  • Tatu Bungai Terung
  • Tatu Ukir Rekung
  • Tatu Ketam Itit Kelingai
  • Tatu Buah Andu, Bunga Engkabang dan Bunga Tengkawang
  • Tatu Kala Jengking dan Lipan
  • Tatu Motif Inugarang
  • Tatu Motif Murut Nantapuan
  • Tatu Ketuk Lebih Tahan Lama, Ditambah Serbuk Tulang Haiwan dan Batu Meteorit Untuk Kuatkan ‘Pendinding’

Walaupun ada yang menganggap corak tatu tradisi ini unik dan menjadi bahan bualan di pameran-pameran antarabangsa, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu. Bagi pemilik tradisi ini, tatu dianggap sebagai identiti dan jati diri asal usul mereka.

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak. Kredit : Youtube

Tatu Dianggap Simbol Keberanian dan Kepahlawanan Bagi Masyarakat Dayak Iban di Sarawak

Di Sarawak, budaya bertatu atau ‘pantak’ ini pernah menjadi suatu kemestian bagi menandakan keberanian dan kepahlawanan seseorang lelaki Iban. Ukiran tatu ini juga dijadikan sebagai azimat atau pendinding bagi masyarakat Iban.

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : fineartamerica.com
Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : tnp.sg

Pada zaman nenek moyang dahulu, tatu ini merupakan suatu pemberian atau hadiah kepada seseorang lelaki dalam upacara ‘bejalai‘. Pengembaraan ‘bejalai‘ mereka dianggap berjaya sekiranya berjaya menyelesaikan sesuatu masalah, matang dan mampu menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan sepanjang merantau. Tatu tertentu juga akan diberikan sekiranya mereka berjaya dalam tradisi ‘ngayau‘ atau memenggal kepala musuh.

Tatu Bungai Terung

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : Webstagram

Tatu yang menjadi simbolik meluas bagi masyarakat Iban ini menandakan bahawa seseorang lelaki tersebut mampu untuk memikul beban dan tanggungjawab dalam sesebuah keluarga. Selain itu, ia juga menunjukkan status serta kedudukan dalam masyarakat.

Kebiasaannya, tatu bungai terung ini dicacah pada kedua-dua bahu lelaki Iban kerana segala tanggungjawab dipikul di bahu seorang lelaki. Tatu ini dikatakan mempunyai semangat spiritual yang tinggi dan memberi kekuatan kepada bahu si pemiliknya. Jika ia diukir di keliling pinggang, ia bermaksud individu tersebut telah mempunyai banyak pengalaman. Selain itu, tatu ini juga membawa maksud bahawa seseorang individu tersebut telah banyak merantau dan berpengetahuan luas.

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : borneoinktat2.tmblr.com

Corak pusaran ‘perut berudu’ pada tengah tatu bungai terung melambangkan kehidupan baru. Tatu ini juga dianggap sebagai azimat dan ‘pengeras’ bagi lelaki Iban yang mengembara.

Tatu Ukir Rekung

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : Facebook Skrang Tattoo Studio

Tatu ukir rekung pula diukir pada leher. Perkataan rekung itu sendiri membawa maksud leher dalam bahasa Iban. Mengikut adat masyarakat Iban zaman dahulu, tatu ukir rekung ini melambangkan kedudukan dan pangkat seseorang individu. Contohnya seperti Temenggung, Panglima atau orang tua-tua di kampung halaman atau di rantau orang.

Motif tatu ukir rekung ini berbeza-beza mengikut daerah, pangkat dan kedudukan. Namun, kebanyakannya menggunakan motif haiwan dan serangga seperti kupu-kupu, kala jengking dan ketam.

Tatu ukir rekung pada zaman dahulu hanya dicacah pada suku kaum Iban, Kayan dan Taman. Suku kaum Dayak biasa akan dikenakan hukuman adat jika mencacah tatu ini pada leher mereka. Namun kini, peraturan ini sudah tidak lagi diamalkan.

Tatu Ketam Itit Kelingai

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : Facebook Turai Keranjai Jari Dayak Tattoo

Tatu bermotifkan kelingai pula kebiasaannya dicacah pada bahagian belakang badan, betis atau paha. Corak kelingai ini diilhamkan daripada binatang daripada lubang tanah. Tatu corak ini melambangkan bahawa manusia tidak terlepas daripada alam dan bumi. Bagi tatu kelingai bermotifkan ketam, ia selalunya dicacah di bahagian belakang punggung.

Tatu Buah Andu, Bunga Engkabang dan Bunga Tengkawang

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Tatu Buah Andu. Kredit : Pikdo @baxxjordan

Tatu yang berasaskan flora ini melambangkan sumber kehidupan. Sebagai contoh, tatu bunga tengkawang dicacah di bahagian atas perut. Dikhabarkan, bunga tengkawang banyak terdapat di kawasan penempatan kaum Iban, lantas dijadikan motif untuk tatu sumber kehidupan.

Motif buah andu pula kebiasaannya dicacah pada belakang paha. Tatu yang berasaskan sumber flora ini menandakan perjalanan hidup ini adalah jauh dan buah andu merupakan sumber untuk meneruskan kehidupan.

Tatu Kala Jengking dan Lipan

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Wanita Iban menenun kain pua. Kredit : SAYS

Bagi kaum wanita Iban pula, corak tatu ini dicacah pada tubuh badan mereka bagi melindungi diri daripada roh jahat yang mengganggu semasa menenun. Menurut orang tua-tua Iban, roh jahat tersebut berasal daripada pewarna merah darah yang digunakan untuk menenun kain bagi tujuan upacara menyambut kepala musuh yang telah dipenggal.

Tatu Motif Inugarang

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Kredit : Steemit Inugarang

Motif inugarang ini merupakan motif spesis cicak hutan atau bengkarung. Motif tradisi masyarakat Rungus di Sabah ini diilhamkan daripada pakaian tradisi lelaki dan wanita suku kaum tersebut.

Tatu Motif Murut Nantapuan

Tatu tradisi Murut ini pula menggambarkan rutin harian masyarakat. Dalam ukiran nantapuan ini, ia menggambarkan sekumpulan lelaki dan wanita yang sedang duduk dan menghirup tapai di dalam tajau (siopon) selepas penat bekerja seharian.

Tatu Ketuk Lebih Tahan Lama, Ditambah Serbuk Tulang Haiwan dan Batu Meteorit Untuk Kuatkan ‘Pendinding’

Bagi menguatkan kuasa tatu, dakwat yang digunakan untuk mencacah dicampur dengan serbuk tulang haiwan atau batu meteorit. Ia dipercayai memberikan kuasa ghaib yang sukar dilawan oleh manusia biasa seperti kuasa kekebalan.

Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Tatu ketukan tangan. Kredit : Youtube Joshua Wood

Selain itu, tatu tradisional menggunakan ketukan tangan dikatakan lebih tahan lama dan berkualiti kerana ia dilakukan dengan teliti dan berseni. Cacahan menggunakan kaedah ini juga kurang sakit jika dibandingkan dengan kaedah cacahan moden.

Ada Tatu Tanda Gengster? Tak Semestinya.

Kredit : Giphy

Walau bagaimanapun, tradisi tatu ini seringkali dipandang serong oleh masyarakat kerana ia sering dikaitkan dengan imej gengster atau kumpulan kongsi gelap. Ehh, tak semestinya. Bagi individu yang bertatu atas nama tradisi nenek moyang, ia adalah satu bentuk ‘cop pengenalan’ diri berbanding hanya ekspresi seni di atas tubuh semata-mata. Don’t judge a book by its cover, okay?

Jangan lupa like dan share post ini serta tag rakan-rakan anda yang bangga dengan tatu tradisi mereka.

Lagi menarik untuk anda baca. Klik pautan di bawah:

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak

https://www.iloveborneo.my/koperal-matthew-askar-dari-sarawak-yang-terkorban-dalam-sejarah-hitam-al-maunah-tahun-2000/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Bayar Beratus Tengok Rumput Je,' Pengunjung Konsert Billie Eilish Kecewa Pentas Terlalu Jauh ‘Bayar Beratus Tengok Rumput Je,’ Pengunjung Konsert Billie Eilish Kecewa Pentas Terlalu Jauh
Next Article Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?